[KRONOLOGI] Empat Ahli Parlimen Bersatu umum sokong PM

Dari kiri: Iskandar Dzulkarnain, Suhaili, Mohd Azizi dan Zahari mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dari kiri: Iskandar Dzulkarnain, Suhaili, Mohd Azizi dan Zahari mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A
A
A

TINDAKAN berani ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaikan memberi satu tamparan kepada parti Bersatu.

Ia kerana sehingga kini sudah empat ahli Parlimen daripada kem Bersatu nekad berbuat demikian.

Perbuatan hanya memberi sokongan kepada PMX dan tidak melompat parti ada kaitan dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau mereka bakal hilang kerusi tersebut, berkuat kuasa Oktober tahun lalu.

Persoalannya sejauh mana akta ini berkesan mengelakkan konflik politik dan siapa lagi ahli Parlimen yang bakal berbuat demikian.

Ini kronologinya:

[12 Oktober 2023]

Ahli Parlimen Kuala Kangsar umum sokong Perdana Menteri

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid membuat keputusan untuk menyokong pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 12 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurut wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, pendekatan tersebut diambil setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

BACA ARTIKEL PENUH:Ahli Parlimen Kuala Kangsar umum sokong Perdana Menteri


Beri kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan - Saarani

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kelebihan kepada kerajaan di Parlimen.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagaimana pun keputusan tersebut perlu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat bagi menentukan sama ada kenyataan itu mempunyai implikasi di bawah undang-undang lompat parti yang diluluskan sebelum ini.

BACA ARTIKEL PENUH: Beri kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan - Saarani


[13 Oktober 2023]

Wakil rakyat PN wajar contohi Ahli Parlimen Kuala Kangsar'

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dicontohi wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) lain.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, sokongan Iskandar Dzulkarnain itu membuktikan beliau merupakan pemimpin yang berjiwa besar.

BACA ARTIKEL PENUH: Wakil rakyat PN wajar contohi Ahli Parlimen Kuala Kangsar'


MP Kuala Kangsar diugut, dijanji habuan, dakwa Hamzah

Perikatan Nasional (PN) mendakwa tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid isytihar menyokong kerajaan kerana diugut oleh seorang pegawai tertinggi sebuah agensi berkaitan kerajaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Iskandar Dzulkarnain dibawa bertemu pegawai terbabit di sebuah hotel di Damansara pada 1 Oktober lalu.

BACA ARTIKEL PENUH: MP Kuala Kangsar diugut, dijanji habuan, dakwa Hamzah


Pas harap sokongan Iskandar Dzulkarnain kepada PM tidak benar

Pas berharap tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau masih menungggu perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH: Pas harap sokongan Iskandar Dzulkarnain kepada PM tidak benar


Iskandar Dzulkarnain nafi sokong PM kerana diancam tuduhan rasuah

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menafikan dakwaan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana diancam dengan tuduhan rasuah.

Memetik laporan The Star, Iskandar Dzulkarnain yang merupakan wakil rakyat pembangkang mempertahankan alasan berbuat demikian agar dana kerajaan dapat disalur kepada pengundi kawasannya dan bukan ditekan mana-mana pihak.

BACA ARTIKEL PENUH: Iskandar Dzulkarnain nafi sokong PM kerana diancam tuduhan rasuah


Tiada pertemuan, panggilan telefon antara PM, MP Kuala Kangsar - Zahid

iada sebarang pertemuan atau perbincangan dibuat Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid bersama Perdana Menteri mengenai sokongannya terhadap Kerajaan Perpaduan.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu dibuat atas kerelaan dan pendirian wakil rakyat dari Perak itu sendiri.

BACA ARTIKEL PENUH: Tiada pertemuan, panggilan telefon antara PM, MP Kuala Kangsar - Zahid


[18 Oktober 2023]

Kes Ahli Parlimen Kuala Kangsar serlah simptom 'sakit' dalam PN

KEPUTUSAN Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu bukan sahaja mengejutkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN), malah menggemparkan negara.

BACA ARTIKEL PENUH: Kes Ahli Parlimen Kuala Kangsar serlah simptom 'sakit' dalam PN


[21 Oktober 2023]

Nasib Iskandar Dzulkarnain ditentukan Khamis ini - Muhyiddin

Nasib Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain yang bertindak memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan akan ditentukan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menetapkan mesyuarat MPT diadakan pada tarikh berkenaan.

BACA ARTIKEL PENUH: [VIDEO] Nasib Iskandar Dzulkarnain ditentukan Khamis ini - Muhyiddin


[22 Oktober 2023]

'Ada desakan supaya Iskandar Dzulkarnain dipecat' - Zainol Fadzi

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti mengenai sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang mengumumkan sokongan kepada kerajaan.

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, perkara itu dipersetujui sebulat suara oleh pimpinan Bersatu Perak selepas mengadakan pertemuan bersama beberapa ahli Parlimen dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak serta wakil pimpinan di peringkat bahagian pada 17 Oktober lalu.

BACA ARTIKEL PENUH: 'Ada desakan supaya Iskandar Dzulkarnain dipecat' - Zainol Fadzi


[27 Oktober 2023]

Bersatu serah surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain

Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah tersebut diambil sebelum sebarang tindakan dikenakan ke atas Iskandar Dzulkarnain mengikut perlembagaan parti.

BACA ARTIKEL PENUH: Bersatu serah surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain


[30 Oktober 2023]

Pecat Iskandar Dzulkarnain rugikan Perikatan Nasional

Biarpun sudah diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun parti itu dijangka tidak akan memecat Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

BACA ARTIKEL PENUH: Pecat Iskandar Dzulkarnain rugikan Perikatan Nasional


MP PN sokong PM: Kesetiaan kepada parti sukar ditelah

Tindakan dua ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sukar ditelah dan berlaku atas sebab tertentu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, masing-masing mempunyai pemikiran tersendiri dan berdepan permasalahan di kawasan diwakili, dan ia mungkin mendorong wakil rakyat berkenaan bertindak atas isu berbangkit.

BACA ARTIKEL PENUH: MP PN sokong PM: Kesetiaan kepada parti sukar ditelah


Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong Perdana Menteri

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kesemua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik yang berterusan.

BACA ARTIKEL PENUH: Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong Perdana Menteri


[31 Oktober 2023]

'Tindakan pelik, tidak wajar' - Islahuddin

Tindakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap pelik dan tidak wajar.

Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas berkata, kesemua ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini sudah menyatakan sokongan sebulat suara kepada PN.

BACA ARTIKEL PENUH: 'Tindakan pelik, tidak wajar' - Islahuddin


[1 November 2023]

Sokongan dua ahli Parlimen PN terhadap kerajaan perlu dibuktikan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tergesa-gesa dalam meluluskan segala pemberian kemudahan dan manfaat kepada dua ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, sebagaimana sepatutnya diterima mana-mana ahli Parlimen blok kerajaan.

BACA ARTIKEL PENUH: Sokongan dua ahli Parlimen PN terhadap kerajaan perlu dibuktikan


[3 November 2023]

Kerajaan tidak terdesak terima sokongan Ahli Parlimen PN - Saifuddin

Kerajaan Perpaduan tidak terdesak sehingga memerlukan sokongan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk mengukuhkan pentadbiran pada ketika ini.

Sebaliknya, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedudukan kerajaan sekarang ini berada pada tahap meyakinkan.

BACA ARTIKEL PENUH: Kerajaan tidak terdesak terima sokongan Ahli Parlimen PN - Saifuddin


[4 November 2023]

Bersatu gantung keahlian Iskandar Dzulkarnain 4 tahun

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dalam parti itu selama empat tahun susulan pendirian beliau menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu pada Jumaat bersidang bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan pelanggaran Perlembagaan oleh Iskandar Dzulkarnain yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar.

BACA ARTIKEL PENUH: Bersatu gantung keahlian Iskandar Dzulkarnain 4 tahun


UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan

UMNO tidak terlibat sama sekali menarik sokongan dua ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada keperluan untuk menarik sokongan daripada pihak pembangkang kerana Kerajaan Perpaduan kini memiliki 148 ahli Parlimen.

BACA ARTIKEL PENUH: UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan

Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggantikan beliau dengan naib presiden parti itu, Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Suhaili berkata, beliau tetap ahli Bersatu walaupun berlaku perubahan kepimpinan dan percaya keputusan itu tidak akan memberi kesan buruk kepada bahagian berkenaan.

BACA ARTIKEL PENUH: Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi


'Hubungan Pas-Bersatu tidak tergugat, ahli Parlimen sokong PM sebab terdesak'

Hubungan rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) terutama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat masih utuh dan tidak tergugat meskipun ada ahli Parlimen pembangkang yang berani bertindak 'menongkah arus' secara terbuka.

Malah Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis berpandangan, tindakan dua ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disifatkan sebagai langkah terdesak.

BACA ARTIKEL PENUH: 'Hubungan Pas-Bersatu tidak tergugat, ahli Parlimen sokong PM sebab terdesak'


[6 November 2023]

Bersatu tiada pilihan selain gantung keahlian Iskandar Dzulkarnain

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai pilihan lain, selain menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kerana sebarang tindakan yang lebih keras hanya akan merisikokan kerusi Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis Sosiopolitik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, parti itu juga tidak akan bertindak memecat, kerana ia akan membuka ruang penghijrahan beramai-ramai sebagaimana yang berlaku pada UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

BACA ARTIKEL PENUH: Bersatu tiada pilihan selain gantung keahlian Iskandar Dzulkarnain


[7 November 2023]

Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun

Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara tersebut diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang bersidang hari ini bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan Perlembagaan oleh Ketua Bahagian Labuan dan Wilayah Persekutuan itu.

BACA ARTIKEL PENUH: Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun


Ahli Parlimen Gua Musang pula isytihar sokong PM

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Selasa.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

BACA ARTIKEL PENUH: Ahli Parlimen Gua Musang pula isytihar sokong PM


[8 November 2023]

Bersatu jumpa Pas, bincang tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan akan berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas negeri bagi membincangkan tentang tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Selasa.

Presidennya, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, perjumpaan tersebut bagi membincangkan berkenaan dengan perkara berkait dengan Mohd Azizi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri.

BACA ARTIKEL PENUH: Bersatu jumpa Pas, bincang tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang


Sokong PM: Keputusan MP Gua Musang berubah dalam tiga hari - Kamaruddin

Pengerusi Bersatu (Parti Pribumi Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor mendedahkan pihaknya terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hari Sabtu lepas kami ada mesyuarat Bersatu negeri, beliau (Mohd Azizi) hadir dan memberitahu ada menerima tawaran berbuat demikian.

BACA ARTIKEL PENUH: Sokong PM: Keputusan MP Gua Musang berubah dalam tiga hari - Kamaruddin


MP Gua Musang sokong PM: Pas, Bersatu adakan mesyuarat segera

Pas Kelantan sudah mengambil maklum tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa pada Selasa.

Setiausahanya, Wan Roslan Wan Hamat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

BACA ARTIKEL PENUH: MP Gua Musang sokong PM: Pas, Bersatu adakan mesyuarat segera


'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Akmal

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa, ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengalih sokongan disifatkan sebagai lompat parti namun sekadar menggunakan istilah berbeza.

BACA ARTIKEL PENUH: 'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Akmal


Tindakan ahli Parlimen beralih sokongan perlu dihentikan - Shafie Apdal

Tindakan ahli-ahli Parlimen yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan lain sepatutnya tidak harus digalakkan dan ia harus dihentikan segera.

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keadaan itu dilihat sebagai satu budaya yang kurang sihat dan menjadi peringatan kepada pengundi kerana ia menjadikan politik negara tidak stabil di mana ia masih berlaku sehingga kini.

BACA ARTIKEL PENUH: Tindakan ahli Parlimen beralih sokongan perlu dihentikan - Shafie Apdal


Ahli Parlimen Jeli pula isytihar sokong PM

Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ia susulan permasalahan kos sara hidup dan himpitan keperluan asas yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut termasuk isu pembangunan.

BACA ARTIKEL PENUH: Ahli Parlimen Jeli pula isytihar sokong PM