Sila log masuk terlebih dahulu.

Polisi data Peribadi - Sinar Harian

POLISI PRIVASI

Kami, Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Ultimate Print Sdn Bhd dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd serta anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu dengannya ("Kumpulan Karangkraf") sentiasa komited untuk melindungi semua data peribadi yang kami simpan, dan menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Kami mengumpul data peribadi menerusi borang permohonan pelanggan, sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem rangkaian kami, dalam usaha untuk menilai keperluan anda dan memberi anda perkhidmatan yang lebih baik. Kami berkemungkinan memindahkan data peribadi pelanggan ke pihak ketiga (yang berada di dalam atau luar Malaysia) yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan data atau perkhidmatan pemprosesan data untuk kami.

Melainkan menurut apa yang termaktub di bawah Notis ini dan melainkan apa yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah mana-mana enakmen, undang-undang, statut atau kod, kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan data peribadi pelanggan tanpa sebarang kebenaran bertulis pelanggan.

Kami berharap notis ini akan membantu anda untuk memahami bagaimana kami menggunakan data peribadi anda dan informasi yang kami dapatkan dari anda.

Prinsip Umum:

Notis ini dibekalkan kepada semua pelanggan kami yang dihormati dan/atau bakal pelanggan, ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan untuk memaklumkan anda tentang hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang telah dan akan kami kumpul dan proses.

Kami akan mengguna, memproses, merekod, memegang, menyimpan, mengongsi dan mendedahkan data peribadi anda dengan kebenaran anda

Penggunaan berterusan produk dan/atau perkhidmatan kami akan dianggap sebagai kebenaran pelanggan untuk kami memproses data peribadi anda.

Kami akan merekod dan menyimpan satu rekod kebenaran anda menerusi penggunaan berterusan anda terhadap perkhidmatan kami seperti yang tertera dalam pengkalan data pelanggan yang aktif

Sekiranya anda berusia di bawah 18 tahun, anda harus mendapatkan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga anda yang sah, sebelum menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami.

Untuk ibu bapa atau penjaga yang sah, sila tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur (individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda untuk memberikan data peribadi kepada Kumpulan Karangkraf. Sekiranya data peribadi diberikan kepada Kumpulan Karangkraf, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi kanak-kanak tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.

Pengumpulan

Jenis data peribadi yang kami kumpul adalah berbeza dan berkemungkinan termasuk:

Nama anda, umur, jantina, nombor kad pengenalan atau pasport, alamat surat-menyurat, alamat emel, nombor telefon, maklumat kewangan seperti kad kredit atau nombor akaun bank secara terperinci untuk tujuan transaksi anda

Perbincangan komuniti dan urusan surat-menyurat anda

cookies, web log, alamat IP dan maklumat tambahan daripada pihak ketiga.

Sumber-sumber dari mana kami memperoleh data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada borang pendaftaran, borang permohonan pelanggan, atau perjanjian yang telah anda persetujui, sistem pengurusan khidmat pelanggan dan sistem rangkaian atau sebarang bahan beridentiti yang anda telah bekalkan secara sukarela dan direktori perniagaan atau penyenaraian yang anda telah langgani, dll.

Tujuan

Himpunan data peribadi ini meliputi tetapi tidak terhad kepada:

  1. menetapkan profil perkhidmatan mengikut pilihan anda
  2. untuk memberi maklumat, kepada anda, promosi dan mengemas kini, termasuk bahan pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan kami dan juga rakan sekutu yang telah dipilih oleh kami;
  3. untuk memperkenalkan sebarang produk dan/atau perkhidmatan kami; atau produk, perkhidmatan dan tawaran istimewa daripada pihak ketiga yang mana produk atau perkhidmatannya pada pendapat kami menarik minat anda;
  4. Kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan lain ("Tujuan Tambahan") seperti:
  5. Untuk memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, kumpulan fokus, kajian penyelidikan, pertandingan, promosi, polls, kaji selidik atau mana-mana produksi;
  6. Untuk tujuan menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk;
  7. Untuk tujuan-tujuan lain yang disediakan dalam produk dan perkhidmatan tertentu kami, atau produk yang ditawarkan oleh rakan kongsi kami.

Pendedahan Data Peribadi:

Data peribadi anda akan disimpan secara sulit tetapi data peribadi berkenaan mungkin akan diberikan atau didedahkan kepada katagori kumpulan tertentu untuk tujuan seperti berikut:

Kepada rakan sekutu, anak syarikat kami atau syarikat berkaitan

Kepada rakan kongsi perniagaan kami termasuk mana-mana sekutu kami di dalam dan di luar Malaysia

Kepada mana-mana agen, kontraktor, penyedia perkhidmatan, pengedar, pedagang,system pembayaran atau bank pengantara yang mungkin digunakan oleh kami atau rakan sekutu kami untuk perniagaan kami atau perniagaan rakan sekutu kami

Kepada penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga yang kami namakan sama ada bersendiri atau secara bersama dengan lain-lain penyedia perkhidmatan, bagi tujuan mewujudkan dan menyenggara satu pengkalan data pelanggan atau pemprosesan data baik di dalam mahu pun di luar Malaysia

Kepada syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan yang bertindak sebagai agen atau kontraktor kami bagi tujuan untuk mendapatkan sebarang jumlah yang terhutang kepada kami

Kepada badan-badan penyelaras atau pihak berkuasa kerajaan yang sejajar dengan keperluan di bawah undang-undang atau ke arah pengesanan dan pencegahan jenayah dan/atau penipuan

Kepada juru audit, perunding perniagaan, akauntan, peguam kami atau lain-lain penasihat atau perunding profesional yang kami rasa perlu

Kepada mana-mana pihak yang terlibat atau berkaitan dengan satu tindakan undang-undang, bagi tujuan perbicaraan

Kepada pihak-pihak tertentu yang kami atau sekutu kami mungkin perlu dedahkan untuk tujuan undang-undang, mahkamah, regulator atau proses guaman.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Laman-laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan Karangkraf tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman web tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman web tersebut akan digunapakai dan Kumpulan Karangkraf tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.

Iklan Berasaskan Minat

Iklan Berasaskan Minat ialah satu cara untuk menjadikan iklan dalam laman-laman web kami yang dilawati pelanggan lebih relevan kepadanya. Kami mengumpul maklumat tanpa nama mengenai kegiatan pelayaran web dari alat pengendalian internet seorang pelanggan, dan menggunakan maklumat tersebut untuk menyatukan/menghubungkan pelayar web pelanggan dengan satu atau lebih kategori minat yang telah ditentukan. Ini membolehkan kami untuk menyediakan iklan kepada pelanggan yang mempunyai minat sama.

Iklan Berasaskan Minat tidak merubah jumlah iklan yang diterima oleh seorang pelanggan, ia hanya menjadikannya lebih relevan. Anda boleh menukar dan memilih pelayar web terkini anda untuk tidak menerima, menolak atau memadam himpunan maklumat untuk Iklan Berasaskan Minat.

Kami mempunyai hak untuk menukar mana-mana bahagian dari Polisi ini. Kami akan mengumumkan perubahan tersebut menerusi laman web kami di www.karangkraf.com/ppdpk.

Polisi Cookies

Cookies merupakan fail kecil yang dimuat turun ke komputer anda oleh laman web yang anda layari. Ia juga digunakan untuk memberikan maklumat kepada pemilik laman web untuk meningkatkan pengalaman anda.

Hak Anda

Anda akan diberi peluang untuk menolak daripada membenarkan data peribadi anda digunakan untuk tujuan-tujuan secara tidak langsung berkaitan dengan perkhidmatan atau laman-laman web kami pada ketika kami meminta maklumat. Sekiranya anda tidak mahu menerima promosi terkini kami, anda boleh menolak daripada menerima komunikasi ini dengan menghubungi kami di nombor seperti tersenarai di bawah.

Sekiranya anda memutuskan untuk menolak, kami mungkin tidak dapat memberi anda perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dan langganan atau permohonan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu anda mungkin dinafikan, ditolak, atau tidak dilayan oleh kami.

Anda boleh mendapat akses terhadap data peribadi anda yang ada dalam simpanan atau kawalan kami dan boleh meminta data peribadi anda dipinda bagi tujuan ketepatan dan kesesuaian.

Anda juga boleh memohon untuk memadam data peribadi anda. Sila maklum, dalam keadaan tertentu, kami mungkin perlu mengekalkan sebahagian daripada data peribadi yang anda pohon untuk dipadamkan bagi memenuhi tanggungjawab undang-undang kami.

Prinsip Integriti Data

Kami berusaha sedaya upaya untuk menyimpan maklumat mengenai pelanggan secara lengkap, terkini dan tepat. Sebarang maklumat tidak tepat yang dibawa ke pengetahuan kami akan diperbetulkan secepat mungkin setelah diberitahu.

Prosedur ini akan dikekalkan untuk memastikan bahawa sebarang ketidaktepatan yang dilaporkan akan ditangani dengan cepat dan berkesan dan bahawa maklumat pelanggan sentiasa tepat, terkini dan lengkap sebaik mungkin.

Kami komited untuk melindungi data peribadi semua pelanggan yang berurusan dengan kami.

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang terpakai, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan kepada data peribadi anda, membuat permintaan untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda untuk Tujuan Tambahan dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai data peribadi anda dengan menghubungi pegawai kami seperti di bawah:-

Jawatan : Eksekutif Pangkalan Data Audiens dan MyKraf (Audience & MyKraf Database Executive)Telefon : +603 5101 7388, dari 9.00 pagi – 5.00 petang, Isnin – Jumaat (tidak termasuk cuti umum)

Anda juga boleh berhubung dengan kami menerusi emel di support.sinar@sinarharian.com.my. Anda boleh menggunakan alamat ini untuk berkomunikasi secara bertulis mengenai sebarang masalah yang mungkin anda hadapi mengenai pematuhan polisi ini.

Kami berhak untuk mengenakan bayaran untuk akses data peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda, kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap data peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.

Bagi pelanggan yang mahu memadamkan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui emel di support.sinar@sinarharian.com.my

Perubahan pada Notis ini

Dengan berkomunikasi dengan Kumpulan Karangkraf, menggunakan perkhidmatan Kumpulan Karangkraf, pembelian produk daripada Kumpulan Karangkraf atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan Kumpulan Karangkraf, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan data peribadi anda oleh Kumpulan Karangkraf seperti yang dinyatakan di dalam Notis ini.

Kumpulan Karangkraf mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada laman web di www.karangkraf.com/ppdpk. Dengan terus berkomunikasi dengan Kumpulan Karangkraf, dengan terus menggunakan perkhidmatan Kumpulan Karangkraf, membuat pembelian produk daripada Kumpulan Karangkraf atau dengan perhubungan dan penggajian berterusan anda dengan Kumpulan Karangkraf berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.