Pas harap sokongan Iskandar Dzulkarnain kepada PM tidak benar

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas berharap tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau masih menungggu perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan dakwaan bahawa ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu diugut juga sepatutnya tidak berlaku.

“Itu kenyataan rasmi daripada Setiausaha Agung dan saya fikir dia mendapat maklumat dan kita harapkan benda itu tidak berlaku walaupun dia (Iskandar Dzulkarnain) kekal bersama PN dan Bersatu tapi saya tengok soal peruntukan ini tanggungjawab kerajaan beri kepada mana-mana Ahli Parlimen dan sepatutnya tidak diugut dan ditekan.

"Kita fahami bagaimana cabaran yang dihadapi oleh setiap wakil rakyat," katanya ketika ditemui selepas selesai pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen di sini pada Jumaat.

Iskandar Dzulkarnain pada Khamis mengumumkan menyokong kepemimpinan Anwar selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak menangani kenaikan kos sara hidup di kawasannya.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Bersatu dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.

Artikel Berkaitan: