Wujud budaya 'MA' di asrama, Zara Qairina mungkin dipanggil senior dalam perjumpaan haram - Saksi

Zara Qairina
Zara Qairina
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang pengawal keselamatan mengesahkan wujudnya budaya dikenali sebagai ‘MA’, iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior, di asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.

Saksi keenam prosiding inkues, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.

Katanya, pada awalnya beliau tidak mengetahui makna istilah ‘MA’, namun kemudian memahami maksudnya selepas dijelaskan oleh pelajar asrama terbabit.

Linah, ibu kepada empat anak, memberi keterangan berhubung perkara itu ketika disoal peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues.

"Saya pun tidak faham mula-mula ‘MA’ ini apa, tanya budak-budak baru mereka terangkan. Selalunya, senior panggil junior, tujuannya untuk teguran dan nasihat, tidak hormat, limpas (lalu) pun tidak senyum, itulah macam dia orang bagi nasihat kepada adik-adik. Jangan begitu, jangan begini,” katanya sambil menambah, budaya itu telah dilarang dan diharamkan.

Shahlan: Istilah ‘MA’ ini -Mesyuarat Agung kah?

Linah: Itu saya tidak tahu, saya tahu ‘MA’ sahaja.

Shahlan:Tadi, puan ada beritahu ‘MA’ ni diharamkan oleh sekolah?

Linah: Bukan dilarang di sekolah, di asrama sahaja.

Artikel Berkaitan:

Shahlan: Kenapa dilarang dan diharamkan?

Linah: Kerana pelajar senior bertindak sesuka hati. Mereka tidak dibenarkan memanggil junior sesuka hati. Kalau ada kesalahan, lapor kepada cikgu dan cikgu yang akan menasihat. Sepatutnya cikgu yang panggil, bukan senior. Itu pun cikgu tidak tahu mereka buat begini.

Shahlan: Sesi sekolah 2025 baru bermula bulan Mac, bila kali terakhir, puan dengar mengenai ‘MA’?

Linah: Macam tiada, lama sudah.

Shahla: Ada kemungkinan, Zara Qairina kena ‘MA’ disebabkan tuduhan mencuri?

Linah: Mungkin.

Ketika ditanya berapa kali beliau memberi keterangan kepada polis berhubung kes Zara Qairina, saksi menjawab "tujuh kali”.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Ringkasan AI

  • Seorang pengawal keselamatan SMKA Tun Datu Mustapha mengesahkan wujudnya budaya 'MA' yang melibatkan perjumpaan antara pelajar senior dan junior
  • Linah Mansoding tidak mengetahui makna istilah 'MA' pada awalnya tetapi kemudian faham maksudnya setelah dijelaskan oleh pelajar
  • Sesi 'MA' yang merupakan tempat untuk teguran dan nasihat oleh senior kepada junior telah dilarang dan diharamkan di asrama
  • Pelajar senior dilarang memanggil junior secara sewenang-wenangnya, sebarang kesalahan harus dilaporkan kepada guru
  • Zara Qairina, 13 tahun, meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri, inkues dilakukan untuk menyiasat penyebab kematiannya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!