Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM

Rani Kulup ditidurkan di zon merah di HUKM pada petang Rabu.
Rani Kulup ditidurkan di zon merah di HUKM pada petang Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah ditidurkan di zon merah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) pada petang Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam kenyataan ringkas itu, Razali turut mengajak orang ramai mendoakan Abdul Rani atau lebih dikenali Rani Kulup diberikan kesembuhan.

"Angkatlah kesakitannya, permudahkanlah segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin," katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh pentadbir Facebook Ayahanda Abdul Rani Kulup.

"Ayah sekarang di zon merah dan ditidurkan. Mohon doakan," katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan dihidapi Rani Kulup tidak didedahkan.

Rani Kulup dalam hantarannya di Facebook sebelum ini memaklumkan kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

"Mohon semua peminat doakan kesihatan ayah (sebab) beberapa hari ini tak berapa sihat. Walaupun tak berapa sihat, ayah tetap buat kerja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Abdul Rani Kulup Abdullah ditidurkan di zon merah di HUKM
  • Perkara itu dimaklumkan oleh Mejar (B) Razali Zakaria di Facebook
  • Razali mengajak orang ramai mendoakan kesembuhan Rani Kulup
  • Pentadbir Facebook Ayahanda Abdul Rani Kulup turut mengesahkan keadaannya
  • Rani Kulup memaklumkan kurang sihat sejak beberapa hari lalu di Facebook

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!