Inkues Zara Qairina: Dua patung digunakan untuk simulasi jatuhan - Peguam

Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini. Foto Bernama
Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini. Foto Bernama
A
A
A

PAPAR - Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini menyaksikan demonstrasi jatuhan di lokasi kejadian menggunakan dua patung (mannequin) baharu bagi mendapatkan gambaran lebih tepat berhubung insiden itu.

Peguam, Datuk Ram Singh berkata, kedua-dua patung itu dilengkapkan dengan bekas air bagi mencapai berat 53 kilogram, hampir menyerupai fizikal Allahyarham.

"Patung baharu ini dipasang semula dengan bekas air untuk mendapatkan berat yang diperlukan. Pasukan CSI juga memanjat ke jeriji untuk menguji beberapa arah, termasuk tolakan dan tanpa tolakan. Kami cuba semua kemungkinan," katanya kepada media selepas lawatan ke lokasi.

Menurut Ram, patung yang digunakan bukan crash test dummies sebenar, sebaliknya hanya digunakan untuk menunjukkan jarak jatuhan dan impak pendaratan. - Foto Astro AWANI
Menurut Ram, patung yang digunakan bukan crash test dummies sebenar, sebaliknya hanya digunakan untuk menunjukkan jarak jatuhan dan impak pendaratan. - Foto Astro AWANI

Beliau yang mewakili salah seorang daripada lima remaja dituduh berkaitan kes Zara Qairina menambah, demonstrasi itu dilakukan di tingkat tiga bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini dan akan membantu pihak mahkamah menilai semula keadaan jatuhan.

Menurutnya, patung yang digunakan bukan crash test dummies sebenar, sebaliknya hanya digunakan untuk menunjukkan jarak jatuhan dan impak pendaratan.

"Kami hanya mahu menunjukkan impak dan lokasi jatuhan. Bezanya hampir tiada antara menggunakan air dan batu bata, kecuali semasa impak," jelasnya.

Ram Singh berkata, simulasi itu juga mendapati kedudukan impak konsisten dengan foto bukti yang ditandakan sebagai I7.

Artikel Berkaitan:

Beliau memaklumkan bahawa soalan lanjut akan diajukan semasa prosiding bersambung semula di mahkamah jam 3 petang.

Beliau turut menegaskan bahawa locus in quo atau lawatan ke lokasi kejadian adalah penting dalam mana-mana kes jenayah serius.

"Bagi mana-mana kes serius, locus in quo adalah penting. Ia membantu menjelaskan situasi sebenar. Kami juga perhatikan tiada CCTV di kawasan itu," ujarnya.

Beliau mengesahkan, dua mesin basuh domestik turut berada berhampiran lokasi jatuhan dan kawasan itu dipastikan selamat sepanjang simulasi berlangsung.

Rombongan Mahkamah Koroner termasuk Hakim Koroner Shah Amir Hassan, pegawai penyiasat, peguam dan pihak berkaitan meninggalkan lokasi sekitar jam 11.50 pagi tadi selepas selesai pemeriksaan dan demonstrasi.

Prosiding inkues akan disambung semula petang ini di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. - Awani

 

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Ringkasan AI

  • Demonstrasi jatuhan di lokasi kejadian kematian Zara Qairina menggunakan dua patung untuk gambaran tepat
  • Patung dilengkapi bekas air untuk mencapai berat 53 kilogram menyerupai fizikal Allahyarham
  • Demonstrasi diadakan di tingkat tiga bangunan asrama perempuan untuk membantu penilaian mahkamah
  • Patung bukan crash test dummies, digunakan untuk menunjukkan jarak jatuhan dan impak pendaratan
  • Simulasi mendapati kedudukan impak konsisten dengan foto bukti, penting dalam menganalisa kes jenayah serius

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!