Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

M Kumar (kiri) dalam sidang akhbar di Bukit Aman kes kematian Zara Qairina.
M Kumar (kiri) dalam sidang akhbar di Bukit Aman kes kematian Zara Qairina.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan pembabitan orang kenamaan (VVIP) dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, polis mengesahkan tiada langsung pembabitan VVIP dalam kes tersebut.

Ditanya mengenai dakwaan guru besar dan guru disiplin menyembunyikan kes itu, M Kumar berkata, dakwaan itu dalam proses siasatan pihaknya.

"Setakat ini, seramai 82 saksi sudah dirakam percakapan dan antara mereka ada yang sudah dipanggil semula bagi sambung rakam percakapan," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!