Inkues Zara Qairina: AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din

AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din kerana hantaran hina mahkamah berhubung inkues Zara Qairina.
AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din kerana hantaran hina mahkamah berhubung inkues Zara Qairina.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada aktivis Che Muna Din kerana memuat naik hantaran bersifat menghina mahkamah di laman Facebooknya, 4 September lepas, berhubung prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Jabatan itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan notis itu diserahkan kepada aktivis yang dikenali sebagai Mona Din itu pada 10 September selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

"Penghantaran notis untuk tunjuk sebab ini merupakan sebahagian prosedur yang perlu dipatuhi bagi memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah.

"Penelitian AGC mendapati hantaran dimuat naik Che Muna Din, yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Pakar Patalogi Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr Jessie Hiu berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan prosiding Inkues yang sedang dijalankan," menurut AGC.

Selain itu, AGC juga memaklumkan bahawa pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang telah membuat kenyataan berkaitan Zara Qairina yang berpotensi mengganggu perjalanan prosiding Inkues juga akan dikemukakan dalam masa terdekat.

"AGC memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.

"Sehubungan itu, AGC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan," menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Ringkasan AI

  • AGC serahkan notis tunjuk sebab kepada Che Muna Din kerana hantaran menghina mahkamah
  • Notis diberikan berkaitan hantaran Facebook tentang inkues kematian Zara Qairina
  • Langkah ini sebahagian daripada prosedur memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah
  • Hantaran Che Muna Din mempertikaikan keterangan saksi pakar, berpotensi ganggu pandangan awam dan prosiding inkues
  • AGC juga akan mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap individu lain yang membuat kenyataan mengganggu inkues

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!