Zara Qairina dituduh curi RM300 milik rakan sehari sebelum insiden - Saksi

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu terdapat cakap-cakap dalam kalangan pelajar sekolah yang mendakwa Zara Qairina Mahathir mencuri wang rakannya, sebelum kematian pelajar tingkatan satu itu.
Pengawal Keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata beliau hanya mendengar ‘cerita curi’ itu daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan selepas kejadian malang berkenaan.
Ibu kepada empat anak yang bertugas di sekolah berkenaan sejak 2012 menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri pada hari ketujuh prosiding inkues.
Shahlan: Untuk kejadian kes Zara ini, ada puan dengar apa-apa cerita di sekolah daripada budak-budak?
Linah: Selepas kejadian itu, memang ada dengar… budak-budak cakap, disebutnya Zara ini dituduh mencuri.
Saksi keenam inkues kematian Zara Qairina itu berkata seorang pelajar perempuan, dikenali sebagai A, menemuinya di kawasan jemuran pakaian, sehari sebelum insiden malang itu dan memberitahu wang berjumlah RM300 serta kad bank di dalam beg sekolahnya telah hilang.
"Pelajar A tidak menyebut siapa yang dia tuduh. Selepas kejadian, barulah saya dengar… rupa-rupanya Zara dituduh mencuri duit pelajar A,” katanya.
Shahlan: Puan, pelajar A ada jumpa puan pasal tuduhan curi ini?
Linah: Dia cakap, ‘aunty, duit saya hilang dalam beg sekolah’. Saya tanya kenapa tidak beritahu pengawal siang hari, dia jawab dia diam sahaja. Kemudian saya tanya berapa banyak duit hilang, dia kata RM300 dengan kad bank sekali. Saya tanya lagi, kenapa bawa duit banyak, sepatutnya simpan dengan guru… tapi dia tidak cakap siapa yang curi.
Apabila ditanya, kenapa hanya Zara Qairina yang dituduh, Linah menjawab "saya tidak tahu”.
Linah berkata, pelajar A mengadu perkara itu kepada pelajar tingkatan empat kerana semua bilik yang dihuni pelajar-pelajar tingkatan satu di aras tiga bangunan asrama itu, adalah di bawah jagaan pelajar tingkatan empat.
Saksi berkata, beliau tidak tahu apa yang dilakukan pelajar tingkatan empat selepas wujudnya tuduhan curi itu, namun saksi tidak menolak kemungkinan pelajar tingkatan empat memanggil Zara Qairina untuk bertanya mengenai perkara berkenaan.
Menceritakan lebih lanjut, Linah berkata, perkara itu kemudian diketahui seorang warden lelaki menerusi ketua dorm Zara Qairina, yang juga pelajar tingkatan empat.
Linah berkata, beliau tidak pernah mendengar cerita lain mengenai Zara Qairina, selain tuduhan curi.
Prosiding hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung jam 2.15 petang.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
