Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Seorang Imam Rawatib Masjid Haji Hashim, Pekan Sipitang mendakwa menyaksikan keadaan jasad Allahyarhamah Zara Qairina yang masih utuh walaupun sudah dikuburkan kira-kira tiga minggu lalu.
Seorang Imam Rawatib Masjid Haji Hashim, Pekan Sipitang mendakwa menyaksikan keadaan jasad Allahyarhamah Zara Qairina yang masih utuh walaupun sudah dikuburkan kira-kira tiga minggu lalu.
A
A
A

SIPITANG - Satu video tular memaparkan seorang Imam Rawatib Masjid Haji Hashim, Pekan Sipitang mendakwa menyaksikan keadaan jasad Allahyarhamah Zara Qairina yang masih utuh walaupun sudah dikuburkan kira-kira tiga minggu lalu.

Imam Rawatib berkenaan, dikenali sebagai Amani Azral, berada di lokasi tanah perkuburan menyaksikan proses penggalian semula kubur dan mengeluarkan jasad Zara Qairina yang berlangsung pada petang Sabtu.

Dalam video berdurasi satu minit 53 saat itu, Amani yang ditemui oleh salah seorang penduduk yang hadir di tanah perkuburan tersebut, menyatakan keadaan jasad yang masih sempurna.

“Wajahnya masih seperti semalam, masih,” kata imam tersebut.

Individu yang merakam video itu mendakwa kenyataan tersebut turut disahkan oleh ibu Allahyarham, Noraidah Lamat, yang dipercayai berada di lokasi.

Proses penggalian semula kubur Zara Qairina, 13, berlangsung selama hampir dua jam, dipercayai bermula kira-kira jam 5.30 petang dan selesai pada jam 7.15 malam.

Proses tersebut dilaksanakan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut disaksikan oleh beberapa pihak lain termasuk pasukan peguam, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, yang mewakili Noraidah.

Jenazah Zara Qairina kemudian diiring keluar dari kawasan tanah perkuburan menggunakan trak polis dan seterusnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan:

Hamid ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa proses bedah siasat akan dilakukan pada jam 9 pagi Ahad di hospital sama.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!