Pelajar Tingkatan Dua ditemukan lemas selepas jatuh dalam sungai

JELI - Seorang pelajar Tingkatan Dua ditemukan lemas selepas mandi bersama dua lagi rakannya di Sungai Kampung Rabbana, Kuala Long di sini pada Khamis.
Mangsa, Putera Aniq Fitri Zulkarnain Mohd Nordin, 14, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 1 di sini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hasmin Nasrun Abd Rahman berkata, jasad mangsa ditemukan pada jarak 10 meter dari lokasi di mana dia dipercayai terjatuh kira-kira jam 7.30 malam.
"Pihak kami mengambil masa selama setengah jam melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum mangsa ditemukan.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 malam dan seramai 10 pegawai termasuk anggota telah bergegas ke lokasi untuk SAR (operasi mencari dan menyelamat)," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, setibanya di lokasi mendapati benar terdapat seorang remaja lelaki jatuh ke dalam sungai.
Ujarnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam perkembangan sama, Hasmin Nasrun menasihat orang ramai supaya memantau aktiviti anak-anak mereka.
"Ini kerana Sungai Kampung Rebana berisiko untuk mandi manda disebabkan arusnya deras ketika ini," katanya.
Ringkasan AI
- Pelajar Tingkatan Dua lemas di Sungai Kampung Rabbana, Kuala Long
- Putera Aniq Fitri Zulkarnain Mohd Nordin berusia 14 tahun
- Jasad ditemukan 10 meter dari lokasi terjatuh pada jam 7.30 malam
- Operasi SAR mengambil masa setengah jam
- Sungai berisiko kerana arusnya yang deras
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

