Inkues Zara Qairina: Isu gangguan seksual yang viral hanya salah faham - Warden

Saksi dari Jabatan Kimia Malaysia sahkan sebahagian tulisan tangan dalam buku kes Zara Qairina bukan milik arwah, hasil analisis forensik di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. Gambar hiasan
Saksi dari Jabatan Kimia Malaysia sahkan sebahagian tulisan tangan dalam buku kes Zara Qairina bukan milik arwah, hasil analisis forensik di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini, dimaklumkan bahawa ibu kepada seorang pelajar yang dituduh di mahkamah dalam kes membabitkan Allayarham Zara Qairina Mahathir, sering berhubung dengan ketua warden asrama menyatakan anaknya dibuli sejak Mac lalu.

Saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap berkata, ibunya melaporkan perkara itu secara peribadi kepadanya melalui aplikasi Telegram.

Beliau bagaimanapun berkata, pelajar dikenali sebagai 'A' itu tidak pernah membuat aduan kepada mana-mana guru atau warden.

Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili salah seorang remaja terbabit dalam kes tersebut, berhubung mesej yang dihantar oleh pelajar 'A'.

Joan: Apa tindakan kamu apabila menerima aduan dari ibu pelajar A?

Azahari: Saya berjumpa sendiri dengan pelajar 'A' dan tanya dia apa yang berlaku. Selepas saya jumpa pelajar 'A', saya beritahu kepada unit disiplin, sudah ambil tindakan dan saya serahkan kepada pengawai polis dan saya rasa inilah isu gangguan seksual yang diviralkan di media sosial. Hasil siasatan sekolah perkara ini cuma salah faham yang diceritakan oleh pelajar 'A'.

Joan: Ibu pelajar 'A' juga ada mengadu bahawa almari anaknya diumpil. Boleh jelaskan?

Azhari: Saya dah siasat tapi tak ada bukti.

Joan: Ada bukti yang almari pelajar 'A' memang kena umpil?

Artikel Berkaitan:

Azhari: Itu saya tidak pasti.

Joan: Cikgu, kamu siasat macam mana kamu tidak pasti? Kamu tengok almari kunci kena umpil atau tidak?

Azhari: Tidak.

Azhari menjelaskan, beliau hanya melakukan siasatan dengan bertanya kepada pelajar yang dituduh mengumpil pintu almari pelajar 'A'.

Prosiding inkues melibatkan Azhari dan saksi-saksi pelajar SMKA Tun Datu Mustapha bersambung esok. - Awani

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

 

Ringkasan AI

  • Ibu kepada pelajar 'A' melaporkan anaknya dibuli sejak Mac lalu kepada ketua warden asrama melalui aplikasi Telegram
  • Pelajar 'A' tidak pernah membuat aduan rasmi kepada mana-mana guru atau warden
  • Ketua Warden melakukan siasatan sendiri dengan bertemu dan bertanya kepada pelajar 'A' tentang kejadian
  • Isu gangguan yang dialami pelajar 'A' diviralkan di media sosial dianggap salah faham setelah siasatan sekolah
  • Ketua Warden melakukan siasatan tentang aduan almari pelajar 'A' diumpil tetapi tidak mendapati bukti konkret

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!