Ketua warden asrama persoal ibu Zara Qairina berdiam walau anak mengadu masalah

Prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari kesembilan dijalankan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Khamis.
Prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari kesembilan dijalankan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha mempersoalkan tindakan ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat yang berdiam diri walaupun anaknya dikatakan pernah mengadu mengenai masalah yang dihadapinya di asrama.

Azhari Abd Sagap, 31, yang juga guru bahasa Arab membangkitkan persoalan itu ketika memberi keterangan sebagai saksi kelapan pada hari kesembilan prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

"Cerita mengenai ‘Kak M’ ini bermula sejak Mei lepas, mengikut hasil siasatan pihak sekolah … Kenapa ibu Zara Qairina tidak membuat sebarang laporan kepada pihak sekolah? Itu yang menjadi persoalan saya.

"Saya rasa sangat terkesan dengan kehilangan pelajar itu … sebab itu saya ambil tahu semuanya. Kalau tiada aduan daripada Zara Qairina sendiri, sepatutnya ada aduan daripada ibunya. Tetapi langsung tidak ada,” katanya dengan nada kecewa.

Menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar yang mewakili empat tertuduh kanak-kanak dalam kes itu, Azhari berkata ibu mangsa juga tidak pernah menceritakan sebarang inisiden buli kepadanya ketika mereka bertemu di unit kecemasan hospital.

"Ya, tidak ada. Kami tahu (buli) pun selepas ibu mangsa membuat hantaran di TikTok,” katanya.

Azhari yàng meluahkan rasa sedih kerana secara peribadi mengenali Zara Qairina sebagai pelajarnya, turut mengimbas kembali pesanan yang pernah disampaikannya dalam kelas bahasa Arab yang dihadiri mangsa.

"Saya ajar Zara Qairina… saya pernah berpesan dalam kelas, kalau kamu (semua murid perempuan) tidak mahu menutup aurat dengan baik atau tidak mahu memakai handsock, kamu humban saja bapa kamu dengan batu.

"Selepas itu, Zara Qairina mula memakai handsock. Saya masih ingat handsock putih yang dipakainya. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya dialami mangsa. Saya sendiri tertanya-tanya dan mahu cari keadilan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Zara Qairina yang belajar di kelas Tingkatan 1 Fatimah, tinggal di Asrama Qurratu Ayun di tingkat 3 Blok Rabiatul Adawiyah bersama 11 pelajar lain dan bangunan itu di bawah seliaan Azhari.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada kira-kira 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Allahyarhamah bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama 

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

 

 

Ringkasan AI

  • Ketua Warden Asrama SMK Agama Tun Datu Mustapha persoalkan tindakan ibu Allahyarhamah Zara Qairina yang berdiam diri tentang aduan anaknya
  • Azhari Abd Sagap, ketua warden dan guru bahasa Arab, berasa terkesan dan mengambil tahu tentang kes itu
  • Ibu Zara Qairina tidak membuat laporan tentang masalah yang dihadapi anaknya di asrama maupun insiden buli
  • Azhari mengenali Zara Qairina sebagai pelajarnya dan pernah berpesan kepadanya tentang pentingnya menutup aurat
  • Zara Qairina meninggal di Hospital Queen Elizabeth selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!