Seorang pelajar yang dituduh pindah sekolah selepas insiden Zara Qairina - Saksi

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa seorang daripada lima pelajar yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lepas.
Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, berkata, pelajar berkenaan, yang dirujuk sebagai Pelajar A, tidak lagi bersekolah di situ manakala empat lagi kekal di sekolah sama.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi kelapan pada hari kesembilan prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Ketika disoal peguam Shahlan Jufri, yang mewakili ibu Zara Qairina, Azhari berkata, beliau tidak mengetahui alasan pelajar itu berpindah atau bagaimana kelulusan diberikan kerana perkara tersebut bukan bidang tugasnya.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada kira-kira 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.
Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Seorang pelajar didakwa dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah berpindah sekolah
- Insiden yang menimpa Zara Qairina berlaku pada 16 Julai
- Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri
- Inkues dijalankan atas arahan Jabatan Peguam Negara selepas laporan siasatan polis
- AGC mengeluarkan perintah menggali semula kubur Allahyarham untuk bedah siasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
