Kes Zara Qairina: Ini penjelasan tentang Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak

SHAH ALAM - Lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, bulan lepas.
Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Mereka didakwa dalam mencapai niat bersama, telah menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, 13 yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.
Kelima-lima pelajar didakwa melakukan perbuatan itu di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T 15, Papar, dekat sini antara jam 10 malam dan 11 malam, pada 15 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Berikut ringkasan perkara yang perlu diketahui mengenai undang-undang berkenaan, berdasarkan senarai sembilan soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri pada Rabu berhubung Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001.
1. Apakah undang-undang asas yang terpakai terhadap kanak-kanak yang melakukan jenayah?
Setiap individu bertanggungjawab ke atas perbuatan jenayah mereka, termasuk kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah. Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang bersifat punitive di Malaysia tidak mengecualikan mana-mana individu daripada liabiliti jenayah.
2. Adakah terdapat perbezaan apabila sesuatu jenayah melibatkan seorang pesalah kanak-kanak?
Kes dan liabiliti jenayah tidak akan berubah walaupun sekiranya ia melibatkan seorang pesalah kanak-kanak.
Namun, terdapat perbezaan dalam aspek prosiding mahkamah, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, antaranya hak dan maruah kanak-kanak mesti sentiasa dijaga, identiti mereka tidak boleh didedahkan kepada umum (seksyen 15) dan prosiding dijalankan secara tertutup bagi menjaga kerahsiaan dan kebajikan (seksyen 12).
3. Apakah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]?
Akta ini menyeragamkan undang-undang (ditakrifkan sebagai mana-mana individu berumur 18 tahun kebawah) berkaitan kanak-kanak di Malaysia. Matlamat utamanya ialah untuk memberi pemulihan dan penjagaan kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang, menjamin kerahsiaan dan maruah kanak-kanak, termasuk larangan media mendedahkan identiti mereka serta selaras dengan United Nations Child Rights Convention (UNCRC).
4. Apakah perbezaan Akta Kanak-Kanak 2001 dengan Kanun Keseksaan?
Kanun Keseksaan - undang-undang yang memperuntukkan kesalahan jenayah dan hukuman (punitive in nature).
Akta Kanak-Kanak 2001-undang-undang yang bersifat procedural yang antara lain menyediakan kerangka pengendalian sekiranya seorang pesalah kanak-kanak dipertuduhkan dengan sesuatu pertuduhan jenayah.
5. Adakah Akta Kanak-Kanak hanya melindungi mangsa?
Tidak.
Akta ini melindungi semua kanak-kanak sama ada mangsa, saksi, atau tertuduh.
6. Apakah perbezaan antara Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan mahkamah jenayah biasa?
Apabila sesuatu mahkamah bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, ianya akan diketuai oleh seorang Majistret, tetapi Majistret ini akan dibantu dan dinasihati oleh dua orang penasihat (panel advisers), di mana salah seorang daripada mereka mesti seorang wanita.
7. Adakah Akta Kanak-Kanak mengenakan hukuman jenayah?
Tidak.
Hukuman jenayah ditetapkan dalam Kanun Keseksaan atau mana-mana undang bersifat menghukum (punitive) yang lain.
8. Adakah Akta Kanak-Kanak menghalang pelaku buli daripada dihukum?
Tidak.
Mana-mana pesalah laku kanak-kanak masih boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
9. Sekiranya terdapat penyebaran maklumat yang salah atau palsu, adakah ini merupakan kesalahan undang-undang?
Ya. Sila ambil perhatian bahawa menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam, menjejaskan reputasi atau keselamatan seseorang, atau mengancam keselamatan negara merupakan suatu kesalahan jenayah.
Kesalahan ini boleh ditangani di bawah Kanun Keseksaan, khususnya: Seksyen 1241 Kanun Keseksaan sesiapa yang melalui lisan, tulisan, media cetak, atau apa-apa cara lain termasuk elektronik menyebarkan laporan palsu atau membuat kenyataan palsu yang berkemungkinan menimbulkan kegusaran awam boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
