Kes Zara Qairina: 'Saya beri khidmat secara percuma, tertuduh bukan anak VVIP' - Ram Singh

KOTA KINABALU - Peguam mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak mendedahkan bahawa pembelaan yang dilakukan adalah secara pro bono.
Penjelasan itu sekali gus menangkis tuduhan orang ramai bahawa remaja yang dituduh merupakan anak daripada kalangan orang ternama (VVIP), sedangkan pembelaan dibuat tanpa sebarang bayaran oleh ahli keluarga remaja terbabit.
Datuk Ram Singh yang mengetuai pasukan guaman mengakui sedih dengan apa yang menimpa tertuduh dalam kes tersebut.
“Saya sedih dan sebagai bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain.
“Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP,” katanya ketika ditemui sebelum prosiding pertuduhan terhadap lima remaja itu berlangsung di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini pada Rabu.
Pasukan Ram turut disertai dua lagi peguam iaitu Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan.
Dalam prosiding tersebut, mahkamah memerintahkan larangan (gag order) melibatkan identiti lima remaja yang dituduh.
Sementara itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina berkata, pihaknya tidak dibenarkan bercakap mengenai prosiding kerana wujudnya gag order.

“Kami memohon maaf, kalau perkara lain kami boleh jawab tetapi untuk prosiding hari ini kami tidak dibenarkan kerana adanya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga gag order.
“Gag order hanya untuk kes ini sahaja, tetapi inkues tidak ada dan boleh dibuat liputan,” katanya yang hadir sebagai pemerhati dalam kes tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kepada orang ramai mengenai proses perundangan melibatkan kanak-kanak yang tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001.
“Bagi kanak-kanak, banyak perkara yang tidak boleh didedahkan kerana wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menghalang penyiaran mengenai kanak-kanak, sama ada melalui tempat tinggalnya, nama atau ibu bapanya.
“Secara ringkas, melalui seksyen ini identiti kanak-kanak adalah dirahsiakan, tidak boleh didedahkan sama ada dalam tempoh perbicaraan atau semasa siasatan.
“Bukannya sebab VVIP atau disuruh sesiapa. Tidak, itu adalah undang-undang Malaysia. Jadi jangan salah sangka ia permainan ‘orang atas’. Tidak,” tegasnya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
