Ribut petir diramal landa Sabah, Sarawak malam ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.

Menerusi amaran dikeluarkan pada jam 2.25 petang, kawasan di Sabah yang terlibat ialah bahagian Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau serta Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia juga menjangkakan cuaca sama melanda Limbang, Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak
  • Amaran berkuatkuasa hingga 7 malam
  • Kawasan di Sabah yang terlibat adalah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, dan Sandakan
  • Limbang, Sarawak turut terjejas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!