Saksi diminta sampaikan pesanan kepada pelajar lain supaya berhenti sindir Zara Qairina

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini diberitahu bahawa seorang rakan Zara Qairina Mahathir yang bersekolah di tempat lain pernah menghubungi saksi ke-37 melalui aplikasi TikTok bagi meminta beliau menasihati pelajar lain berhenti menyindir pelajar Tingkatan Satu itu.
Perkara itu didedahkan oleh saksi yang juga kanak-kanak ke-28 dalam inkues kematian Zara Qairina menerusi keterangannya yang dilakukan secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Shah Amir Hassan di sini pada Rabu.
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi merupakan pelajar senior yang tinggal di bilik dorm berlainan dan mengenali Zara Qairina sebagai pelajar junior sahaja.
"Saksi merupakan seorang ahli kumpulan pelajar Circle Nineteen dan tidak mempunyai konflik dengan Zara. Saksi menggambarkan Zara sebagai seorang pelajar periang, sopan dan menghormati senior. Saksi tidak pernah melihat Zara murung, marah, atau mempunyai masalah dengan pelajar lain.
"Saksi pernah bercakap dengan Zara di sekolah untuk menyampaikan pesanan daripada seorang kawan Zara (yang bersekolah di tempat lain) yang menghubungi beliau dari aplikasi TikTok.
"Menurut saksi, kawan Zara tesebut ada meminta saksi memberitahu Zara dan menasihati pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga supaya berhenti menyindir Zara," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini.
Bagaimanapun menurut Mohd Syarulnizam, saksi tidak ingat tarikh perbualan tersebut dan tidak menyebut nama pelajar yang terlibat.
"Menurut saksi, apabila dia bercakap dengan Zara tentang perkara ini, Zara hanya menjawab 'Ndatau' (tidak tahu)," katanya.
Menurut peguam lagi, dalam keterangan saksi bahawa dia pernah dengar cerita dari rakan pelajar senior mengenai Zara Qairina dan terlibat dengan kes kecurian atau isu kehilangan wang yang dikaitkan dengan remaja tersebut.
"Saksi tidak pernah melihat sendiri Zara didapati dalam sebarang salah laku," katanya.
Tambah peguam, saksi memberitahu pada 16 Julai lalu sekitar jam 11.15 pagi dia bersama beberapa pelajar senior dan junior berkumpul di surau bersama beberapa guru lain.
"Ketika itu, saksi mendengar beberapa pelajar beritahu kepada cikgu bahawa Zara menulis dan menyimpan buku diari. Tetapi bila cikgu meminta pelajar mencari buku tersebut tidak ada pelajar yang berani menawarkan diri.
"Melihat keadaan tersebut, saksi menawarkan diri untuk membantu mencari buku diari milik Zara. Selepas itu, saksi bersama seorang guru pergi ke blok dorm Zara dan naik sendirian ke dorm tersebut.
"Sebaik berada di dalam bilik dorm Zara, saksi cuba membuka beberapa almari pelajar. Semua almari berkunci, kecuali satu almari yang dipercayai milik Zara. Saksi membuka almari tersebut dan mengecam ada baju bergantung di dalam almari tersebut dengan tanda nama Zara.
"Saksi lihat dalam almari tersebut dan memeriksa satu beg sekolah warna hitam, di dalam poket besar beg tersebut, saksi menemui dua buku diari iaitu satu buku hijau bertulis 'Love & Peace' dan satu lagi buku berwarna ungu bertulis 'Simple Style'. Saksi berkata, ketika itu dia seorang saja di dalam bilik dorm Zara," katanya.
Mohd Syarulnizam berkata, dalam keterangan saksi mengakui sempat membelek kedua-dua buku tetapi tidak membacanya dengan teliti.
"Saksi kemudiannya terus turun bawah dan bergerak semula ke surau bersama guru tersebut dan apabila tiba di surau, saksi menyerahkan buku-buku tersebut kepada seorang lagi guru. Saksi berkata dia nampak cikgu membaca sebahagian kandungan buku tersebut di hadapan pelajar lain dan menyimpan buku tersebut.
"Saksi menyatakan beliau tidak tahu apa tujuan sebenar mereka diminta mencari diari tersebut dan dia tidak mengetahui atau ingat sama ada Zara menulis sebarang nota khusus dalamnya," katanya.
Bercakap mengenai malam kejadian 15 Julai pula, saksi memberitahu dia tidak melihat apa-apa ketika itu dan hanya terbangun keesokan harinya sekitar jam 4.50 pagi lalu bersiap ke sekolah.
Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Seorang rakan Zara Qairina dari sekolah lain telah menghubungi saksi ke-37 melalui TikTok untuk menasihati pelajar lain berhenti menyindir Zara
- Saksi ke-28, yang juga pelajar senior, mengenali Zara hanya sebagai pelajar junior dan menggambarkan Zara sebagai pelajar periang dan sopan
- Saksi pernah bercakap dengan Zara di sekolah untuk menyampaikan pesanan dari seorang kawan tentang bullying yang dialami
- Saksi mencari diari Zara dalam dorm atas permintaan guru dan menemui dua buku diari dalam almari yang tidak berkunci
- Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama dan meninggal dunia esok harinya di Hospital Queen Elizabeth
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
