Lelaki warga emas lemas jatuh dalam parit

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di dalam parit di Pekan Sungai Dulang dekat Hutan Melintang pada Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.42 pagi.

"Lelaki berusia 83 tahun itu dipercayai terjatuh sebelum lemas di dalam parit berkenaan. Sebaik bomba tiba, mangsa telah dibawa ke tepi parit oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat, katanya tamat sepenuhnya pada jam 10.46 pagi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di dalam parit di Pekan Sungai Dulang dekat Hutan Melintang
  • Panggilan kecemasan diterima oleh JBPM Perak pada jam 9.42 pagi
  • Lelaki berusia 83 tahun itu dipercayai terjatuh sebelum lemas
  • Mangsa disahkan meningga dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan
  • Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 10.46 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!