[VIDEO] Inkues Zara Qairina: Amalan 'barcode' toreh lengan jadi trend pelajar di sekolah -Saksi

A
A
A

KOTA KINABALU - Saksi ke-22 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa pelajar di sekolah berkenaan melakukan ‘barcode’, iaitu menoreh lengan menggunakan alat ‘cutter’ sebagai satu trend.

Perkara itu didedahkan oleh saksi yang juga kanak-kanak ke-13 dalam keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Selasa.

Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi merupakan pelajar yang tinggal di aras sama dengan Zara Qairina dan dia mengenali pelajar Tingkatan Satu itu.

Syarulnizam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Selasa.
Syarulnizam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Selasa.

Menurutnya, dalam keterangan, saksi memberitahu bahawa semasa menjadi pelajar junior, dia melihat beberapa rakannya dan pelajar seangkatan melakukan amalan ‘barcode’.

"Amalan 'barcode' ini menunjukkan luka di tangan dan dibuat dengan menoreh di lengan menggunakan 'cutter'. Amalan tersebut biasanya dibuat sendiri oleh beberapa pelajar dan biasanya tidak ditunjukkan kepada rakan lain.

"Saksi sendiri ada membuat 'barcode' dan dia buat kerana terikut-ikut dengan trend 'batch' rakan. Saksi pernah membuat 'barcode' sebanyak tiga kali. Saksi berkata, guru dan warden tahu mengenai amalan 'barcode'. Saksi tidak tahu bagaimana mereka tahu mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Tambahnya, saksi memberitahu guru-guru tidak tahu jika mereka bersikap kasar kepada pelajar lain dan mengatakan bahawa mereka cuma ikut amalan yang lalu.

Artikel Berkaitan:

"Mereka sendiri pernah diperlaku sedemikian ketika menjadi pelajar junior. Saksi berkata, amalan lalu yang mereka ikut adalah amalan pelajar senior memarahi pelajar junior secara beramai-ramai.

"Saksi sendiri pernah pernah kena marah bersama rakan lain oleh pelajar senior secara beramai-ramai," katanya.

Dalam pada itu, Syahrulnizam memaklumkan bahawa ada beberapa ahli kumpulan Circle 19 pernah dipanggil guru disiplin atau guru kaunseling atas salah laku kerana didapati membawa telefon bimbit di asrama sekitar bulan Jun dan Julai lalu.

Ujarnya, dalam keterangan saksi ke-21 iaitu kanak-kanak ke-12 memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak pernah diberikan peranan oleh pihak sekolah untuk mencari pesalah dalam asrama dan menghukum pesalah.

"Saksi berkata, dia juga pernah dikasari oleh pelajar senior lebih daripada satu kali ketika dia pelajar junior dahulu. Saksi tidak ingat punca kekasaran tersebut tetapi dia berkata, perkataan kesat seperti 'bodoh, sial' memang ada digunakan oleh para pelajar senior.

"Saksi menceritakan bahawa dia akan sedih selepas dipanggil oleh senior semasa saksi junior dulu. Saksi pernah melaporkan kepada guru dan warden tentang kejadian dikasari pelajar senior tetapi saksi tidak ingat sama ada pihak sekolah ada membuat tindakan selepas laporan oleh saksi.

"Saksi berkata, cikgu-cikgu di sekolah tahu mengenai MA (Mesyuarat Asrama) dan MB (Mesyuarat Bilik). Saksi berkata, kalau MA perjumpaan beramai-ramai antara senior dan junior dan kalau MB melibatkan pelajar-pelajar sebilik sahaja. Saksi berkata, dulu masa dia junior dia pun pernah kena MA.

"Saksi tidak pasti sama ada pelajar senior ada melakukan MA terhadap pelajar senior lain. Tetapi saksi berkata, pernah biasanya pelajar senior akan buat MA kepada para pelajar junior sahaja," katanya.

Syahrulnizam bersama rakan sepasukannya iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James hadir di mahkamah bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat sebagai pihak berkepentingan dalam inkuen.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

 

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Ringkasan AI

  • Saksi mendedahkan trend 'barcode', menoreh lengan dengan 'cutter' di kalangan pelajar sekolah tersebut
  • Saksi, pelajar tinggal di aras sama dengan Zara Qairina, melakukan 'barcode' kerana terikut trend
  • Makluman kepada guru dan warden tentang amalan 'barcode' tetapi tidak jelas bagaimana mereka mengetahui
  • Saksi turut diperlaku kasar oleh pelajar senior sebagai tradisi kebulian
  • Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal keesokan harinya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!