Suspek bunuh ibu ditahan dalam bas ketika menuju ke Selangor

Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar bagi permohonan reman pada Selasa.
Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar bagi permohonan reman pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang disyaki anak kepada seorang wanita berusia 52 tahun yang maut ditikam dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek ditahan sekitar jam 8.34 malam hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Menurutnya, suspek diberkas ketika menaiki sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5 arah selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Selangor.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati negatif,” katanya pada Selasa.

Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar bagi permohonan reman pada Selasa.
Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar bagi permohonan reman pada Selasa.

Syed Basri berkata, susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar kira-kira jam 8.30 pagi dan direman selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah membenarkan permohonan reman polis selama tempoh itu bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tegas beliau, polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu dan mereka boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan,” katanya lagi.

Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar bagi permohonan reman pada Selasa.
Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar bagi permohonan reman pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa pada jam 8.45 pagi memaklumkan kejadian pembunuhan membabitkan ibunya di lokasi kejadian yang disyaki ditikam di bahagian badan serta di pukul di bahagian kepala.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar awal pagi sebelum salah seorang dari enam anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan polis percaya ia membabitkan anak mangsa.

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun suspek pembunuhan ibunya di Alor Setar
  • Suspek ditahan semasa menaiki bas persiaran menuju ke Selangor
  • Suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah tetapi ujian saringan air kencing negatif
  • Direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!