Zara Qairina dikepung, dituduh mencuri malam 15 Julai lalu - Saksi kanak-kanak kedua

Rizwandean (tengah) bersama pasukannya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.
Rizwandean (tengah) bersama pasukannya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Rabu, mendengar keterangan saksi kanak-kanak kedua yang menggambarkan situasi yang berlaku pada malam 15 Julai lalu, sebelum pelajar Tingkatan Satu itu ditemui tidak sedarkan diri di bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, pada keesokan harinya.

Peguam mewakili ibu Zara Qairina, Rizwandean M Borhan berkata, menurut keterangan saksi, insiden bermula apabila dia kehilangan dompet dan mengesyaki arwah Zara Qairina.

Katanya, Zara Qairina kemudian dipanggil ke sebuah 'dorm' lain dan dikepung untuk disoal siasat namun menafikan mengambil dompet berkenaan.

"Menurut saksi kanak-kanak ini, pada malam 15 Julai 2025 dia telah mengadu kepada seorang pelajar bahawa dompetnya hilang dan mengesyaki Zara yang mengambilnya.

"Selepas itu, seorang pelajar telah memanggil Zara ke dorm mereka dan membawanya ke hujung dorm untuk disoal sama ada dia mencuri dompet tersebut.

"Namun Zara menafikan, dia kata tidak menyentuh dompet, tidak ambil, dan pelajar yang menyoal meminta Zara bersumpah. Zara kemudian bersumpah 'Wallahi saya tidak ada sentuh, saya tidak ambil dompet ini'. Pelajar yang membuat aduan akhirnya percaya dengan arwah Zara dan mengatakan 'sorry'," katanya ketika berkongsi apa yang berlaku di Mahkamah Koroner kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Rabu.

Beliau berkata lagi, tiba-tiba seorang pelajar lain masuk ke bilik lalu memarahi serta menuduh arwah Zara mencuri pin bendera miliknya.

"Kemudian pelajar itu keluar semula dan membawa dua orang lagi rakannya bersama beberapa pelajar lain masuk ke bilik. Ketika itu, arwah Zara masih duduk di sudut dorm dikelilingi beberapa pelajar yang berdiri.

"Seorang pelajar marah kepadanya dan beberapa perkataan kesat telah digunakan. Pada masa itu arwah Zara menangis. Menurut saksi kanak-kanak hari ini, dia nampak Zara menangis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, saksi juga memaklumkan beberapa pelajar lain yang berada di bilik tersebut turut mengejek.

"Beberapa pelajar ketawa melihat arwah Zara. Saksi menggunakan perkataan ketawa.

"Menurutnya, seorang daripada mereka membawa sepucuk surat dan menyebut ia kertas privasi Zara. Itu perkataan yang digunakan, 'privasi Zara'. Beberapa pelajar kemudian mentertawakan Zara berdasarkan surat itu dan arwah makin menangis.

"Selepas itu, pelajar-pelajar lain beredar keluar dan arwah Zara terus menangis sebelum berlari keluar.

"Kami ada tanya sama ada dia (saksi) buat sesuatu ketika itu, dia kata dia pun takut kerana Zara menangis. Dia turut menggunakan perkataan 'Zara ditahan, dikepung'," katanya.

Ditanya mengenai isi kandungan surat tersebut, Rizwandean berkata, ia berkaitan hasrat Zara Qairina untuk menjadi Badar atau pengawas surau di sekolah.

"Kami ada tanya lebih lanjut, kalau tidak silap saya, dia kata arwah Zara pernah menyatakan mahu menjadi Badar, iaitu pengawas surau.

"Jadi, apabila surat itu ditunjukkan oleh seorang pelajar, Zara diejek. Itu yang berlaku, Zara makin menangis apabila ditertawakan," katanya.

Ditanya sama ada berlaku sebarang sentuhan terhadap Zara Qairina, beliau menjelaskan tiada sebarang sentuhan kecuali sesi soal siasat.

"Menurut saksi, tiada sentuhan. Yang ada ketika itu lima pelajar bersama tiga ahli dorm lain. Tetapi berapa orang yang soal siasat, kami tidak dapat pastikan kerana menurut saksi hanya seorang pelajar yang marah," katanya.

Sehubungan itu, Rizwandean berkata, keterangan tersebut adalah rumusan daripada prosiding Mahkamah Koroner hari ini.

"Jadi, ini antara keterangan saksi kanak-kanak pada hari ini, boleh dirumuskanlah.

"Saya berharap kamu (media) berada di dalam untuk buat liputan," katanya.

Sebelum itu, Rizwandean bersama rakan sepasukannya iaitu Shahlan Jufri, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Farrah Nasser mewakili Noraidah Lamat sebagai pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan.

 

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

 

 

 

Ringkasan AI

  • Inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendengar keterangan saksi kanak-kanak
  • Insiden bermula dengan kehilangan dompet dan Zara Qairina disyaki mengambilnya
  • Zara dipanggil dan dikelilingi oleh pelajar lain untuk disoal siasat tetapi menafikan tuduhan
  • Seorang pelajar kemudiannya menuduh Zara mencuri pin bendera, memarahi dan beberapa pelajar lain mengejek
  • Isi kandungan surat yang ejekan berdasarkan merupakan hasrat Zara ingin menjadi Badar, tiada sentuhan fizikal terjadi kecuali sesi soal siasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!