Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris sampaikan sumbangan

Ahmad Farhan pada Rabu berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.
Ahmad Farhan pada Rabu berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi pada Rabu berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan beliau kepada keluarga Allahyarham Sharipudin Shaari iaitu pemandu e-hailing serta waris Allahyarham Shahrul Kamal Roslan dan Allahyarham Haikal Aras Abdul Azim, yang masing-masing merupakan juruterbang pesawat berkenaan.

Beliau berkata, pada Selasa, Ahmad Farhan turut menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki (Pegawai Khas kepada Datuk Seri Johari Harun) serta waris Allahyarham Datuk Seri Johari Harun (Exco Kerajaan Negeri Pahang) dan Allahyarham Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi (juga juruterbang pesawat).

"Saya amat berharap keluarga mangsa yang terlibat tabah tatkala diuji ujian yang getir dan berat ini. Semoga kita semua dapat mendoakan roh mereka diberikan tempat yang terbaik di sisi Yang Maha Esa serta keluarga dikurniakan kekuatan saat ini,” katanya.

Pada 17 Ogos lepas, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'

Nahas Elmina: Juruterbang Shahrul Kamal anak yang baik - Ibu

Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga

Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan

Nahas Elmina: Adik nekad teruskan legasi kebaikan Ustaz Deris

Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan

Juruterbang Heikal Aras taat ibu bapa, tak pernah tinggi suara - Abang

Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu

Jenazah Shaharul Amir dikebumikan mengikut istiadat TLDM