Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina. - Foto Bernama
Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya baharu 54 hari berpantang selepas melahirkan anak ketiga dan masih lagi dalam keadaan terkejut mendengar perkhabaran nahas pesawat berkenaan," kata Adlina Aisyah Ahmad Rusli, 41.

Adlina Aisyah yang berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Negara merupakan isteri kepada Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam pada Khamis.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan, dia menerima berita sedih itu melalui abangnya yang berkongsikan pautan daripada portal media.

"Tiada perubahan yang dilihat, arwah pergi kerja seperti biasa.

"Tidak menunjukkan apa-apa perbezaan. Saya amat terkejut dengan keadaan yang masih lagi berpantang namun ahli keluarga sentiasa ada memberi sokongan," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Khamis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sepuluh mangsa maut termasuk dua daripadanya membabitkan orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan dalam kejadian pada jam 2.40 petang.

Selain Idris, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) telah diambil daripada 22 waris untuk melaksanakan proses pemadanan dengan 10 mayat mangsa yang ditemui di lokasi kejadian berkenaan.

Katanya, proses pemadanan DNA akan dibuat di lokasi bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada Jumaat.

Menurutnya, setakat ini polis mengesahkan menemui satu mayat lengkap manakala sembilan lagi mayat tidak dilengkap.

Dalam pada itu, Adlina Aisyah berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Barak, Benus di Bentong, Pahang.

"Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin setakat ini telah kongsikan berkenaan proses DNA yang akan mengambil masa sedikit.

"Kita akan menunggu bila mangsa atau jenazah ini boleh diserahkan kepada kami untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing dan dikebumikan. Tengok sebagaimana keadaan mangsa," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS