Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan

Khairul Harisin (tengah) mengetuai bacaan talkin di pusara bapanya yang menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina selepas selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Felda Mempaga 1 hari ini. - Foto Bernama
Khairul Harisin (tengah) mengetuai bacaan talkin di pusara bapanya yang menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina selepas selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Felda Mempaga 1 hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, Khamis lepas, Khairil Azwan Jamaludin, 43, di tanah perkuburan Felda Mempaga 1 di sini hari ini.

Terdahulu, ketibaan van yang membawa jenazah Allahyarham Khairil Azwan tiba di kediaman ibu bapanya di Felda Mempaga 1 di sini kira-kira jam 12.55 tengah hari dengan diiringi kenderaan polis disambut ahli keluarga dan rakan terdekat Allahyarham.

"Terima kasih kepada semua yang hadir dan doakan ayah masuk syurga," kata anak sulung Allahyarham, Khairul Harisin, 14, selepas mengimamkan solat jenazah dan mengetuai bacaan talkin bagi perjalanan terakhir bapanya.

Jenazah Allahyarham Khairil Azwan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Mempaga 1 di sini pada jam 1.50 tengah hari dan antara yang hadir untuk penghormatan terakhir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib, ahli keluarga serta kenalan.

Khairul Harisin ketika ditemui pemberita berkata kali terakhir dia berjumpa ayahnya pada dua minggu lepas bersama adiknya Khairul Ikhwan, 12.

"Ayah sering berpesan supaya menjadi orang berguna dan belajar rajin-rajin," kata pelajar sebuah sekolah tahfiz di Sentul, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Jamaludin Abd Wahab menyiram air di pusara anaknya yang menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina selepas selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Felda Mempaga 1 hari ini. - Foto Bernama
Jamaludin Abd Wahab menyiram air di pusara anaknya yang menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina selepas selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Felda Mempaga 1 hari ini. - Foto Bernama

Dalam insiden Khamis lepas, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor, telah mengakibatkan 10 individu maut termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Sementara itu, Mohamad Nizar turut berkongsi pengalamannya bersama Allahyarham Johari terutama berkaitan kerjaya mereka sebagai ADUN.

Beliau menyifatkan Allahyarham Johari bagaikan seorang abang yang sering berkongsi pandangan dan pengalaman kerana mereka sama-sama, semasa pertama kali menjawat jawatan sebagai ADUN dan Exco dalam kerajaan negeri.

"Kita sama-sama naik dan belajar dengan pantas... Beliau (Johari) senior, berpengalaman, proaktif dan cepat dalam membuat keputusan. Ini memberikan contoh yang baik kepada saya sebagai pemimpin muda. Kita kehilangan seorang tokoh yang sangat dinamik dan rajin," katanya.

Beliau berkata, pengalaman menaiki motosikal bersama Allahyarham ketika program di Ulu Tembeling di sini baru-baru ini sudah pasti meninggalkan kesan kepadanya.

"Kami seperti abang dan adik dan sudah tentu pemergian Allahyarham sangat dirasai," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'