Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Anggota pasukan keselamatan mengangkat serpihan pesawat di kawasan nahas pesawat terhempas pada Jumaat. - Foto Bernama
Anggota pasukan keselamatan mengangkat serpihan pesawat di kawasan nahas pesawat terhempas pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Rakaman suara kokpit (CVR) mampu merakam sebarang bunyi dalam kokpit bagi tempoh dua jam terakhir sebelum pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam pada Khamis.

Namun bekas Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menjelaskan walaupun ia tidak boleh memberi bukti seratus peratus mengenai kejadian tersebut, sekurang-kurangnya dapat membantu siasatan.

"Setiap bunyi akan dirakam secara digital dalam cip selama dua jam dan automatik akan terpadam selepas itu. Konsepnya macam 'rolling', lepas dua jam rekod ia padam dan rakam semula.

"Cip itu dicipta tahan lasak supaya bila jatuh berapa ribu kaki pun tidak akan rosak. Pengalaman saya dalam tragedi MH17 sembilan tahun yang lalu, walaupun terhempas daripada 33,000 kaki tetapi cip masih lagi boleh dimuat turun," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.

Ia kemudiannya, mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat.

Tambah Azharuddin, penemuan CVR akan merungkai punca yang menjadi penyebab kepada pesawat berkenaan terhempas.

Menurutnya, siasatan melibatkan pengangkutan udara ini bukan untuk menuding jari dan mecari kesalahan mana-mana pihak sebaliknya mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ia sangat penting bagi memastikan perkara yang sama tidak akan berlaku lagi pada penerbangan lain dan boleh tambah baik apa yang patut," jelasnya.

Beliau turut memberitahu pesawat berkenaan hanya mempunyai satu komponen kotak hitam iaitu rakaman suara kokpit (CVR) kerana bukan penerbangan komersial.

"Kalau penerbangan komersial baru ada dua iaitu CVR dan Flight Data Recorders (FDR).

"Selain itu, saya berharap orang ramai tidak menyebarkan gambar yang tidak sepatutnya bagi menghormati waris mangsa yang masih bersedih dengan kehilangan orang tersayang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini