Nahas Elmina: Han Solo jadi idola, dorong Heikal Aras jadi juruterbang

Husnein ketika ditemui media di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Husnein ketika ditemui media di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menjadikan watak Han Solo yang merupakan juruterbang Millennium Falcon dalam filem bersiri Star Wars sebagai idola, menjadi pendorong kepada Heikal Aras Abdul Azim, 45, untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang juruterbang.

"Dia menggelarkan diri Han Solo, setiap kali tengok cerita Star Wars sehinggakan ketika itu sanggup bergaduh dalam kalangan kami adik beradik berebut watak itu, semata-mata kerana terlalu meminatinya,” imbau abangnya, Husnein Aras mengenai Heikal Aras, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

"Minatnya itu juga mendorong dia untuk menjadi seorang juruterbang,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham Heikal Aras yang merupakan juruterbang pesawat malang itu di sini hari ini.

Husnein Aras berkata, anak sulung arwah, Daniel Zulqarnain, 13, juga telah menunjukkan kecenderungan minat untuk menjadi seorang juruterbang seperti ayahnya.

Bapa Allahyarham Heikal Aras, Abdul Azim menyiram air mawar ke atas pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Bapa Allahyarham Heikal Aras, Abdul Azim menyiram air mawar ke atas pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

"Kami sekeluarga dapat lihat apabila dia sering mereka bentuk replika kapal terbang daripada kadbod,” katanya yang merupakan seorang pegawai logistik Markas Angkatan Tentera, Sungai Besi.

Selain Daniel Zulqarnien, mangsa juga mempunyai dua lagi anak iaitu Suri Balqish, 10, dan Rafael Dzulqairy, 9, hasil perkongsian dengan bekas isterinya, Christine Yong.

Husnein Aras berkata, Allahyarham merupakan seorang yang sentiasa ceria dan baik hati. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'