Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Unit forensik PDRM mencari bahan bukti di kawasan nahas pesawat terhempas, pada Jumaat. - Foto Bernama
Unit forensik PDRM mencari bahan bukti di kawasan nahas pesawat terhempas, pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kaedah tayamum, renjisan atau melalukan air ke atas jenazah atau cebisan mayat, merupakan antara cara yang boleh digunakan bagi pengurusan jenazah Islam yang tidak sempurna.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, sekiranya hanya terdapat cebisan mayat, maka ia wajib dikumpulkan sebelum dimandikan dengan cara menyiram atau melalukan air ke atas jenazah, sebelum dikafan, disembahyangkan dan dikebumi.

"Sekiranya memandikan dengan air, sembur atau renjis boleh menyebabkan cebisan mayat makin rosak, maka pada ketika itu boleh tayamumkan sahaja cebisan tersebut, bergantung kepada nasihat doktor atau pegawai perubatan mengenai keadaan mayat tersebut,” katanya ketika menjadi tetamu program terbitan Bernama Radio dengan topik Nahas Pesawat: Garis Panduan Pengurusan Jenazah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Jumaat memaklumkan, hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Sungai Buloh, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna.

Mayat sempurna yang ditemukan merupakan penunggang motosikal.

Sementara itu Bungsu berkata, walaupun Islam menuntut untuk jenazah diuruskan segera, namun dalam keadaan luar biasa atau darurat, maka terdapat kelonggaran yang membolehkan perkara tersebut ditangguh.

"Misalnya secara lazim jenazah wajib disegerakan, namun dalam keadaan seperti memerlukan pengesahan DNA dan bedah siasat yang mengambil masa lama dan menyebabkan pengurusan jenazah tertangguh, maka ia dibolehkan oleh syarak,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini