Agong kurnia sumbangan kepada waris mangsa nahas pesawat

Zahari (kanan) menyampaikan sumbangan peribadi Agong kepada waris mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.
Zahari (kanan) menyampaikan sumbangan peribadi Agong kepada waris mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris-waris mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara pada Ahad, sumbangan itu diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin dalam kunjungan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Klang pada Ahad.

Zahari (kiri) menyampaikan sumbangan peribadi Agong kepada waris mangsa.
Zahari (kiri) menyampaikan sumbangan peribadi Agong kepada waris mangsa.

Dalam kunjungan itu, Zahari turut menyampaikan ucapan takziah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada semua waris dan ahli keluarga atas pemergian mengejut insan tersayang ke Rahmatullah.

"Seri Paduka Baginda berdua turut berdukacita dan menzahirkan harapan agar semua keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut catatan itu.

Dalam insiden pada Khamis lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor, mengakibatkan 10 individu maut, antaranya ialah Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui kawasan kejadian.

Artikel Berkaitan:

Pesawat itu yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) itu mendapat kebenaran untuk mendarat pada pukul 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum mendarat. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!