Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Anggota polis menjalankan pemantauan di sekitar lokasi nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16 pada Jumaat.
Anggota polis menjalankan pemantauan di sekitar lokasi nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16 pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Siasatan nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16 di sini akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS), Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan lanjut akan dijalankan pihak terlibat di lokasi kejadian.

"Anggota polis akan ditempatkan di lokasi nahas dan kawalan keselamatan akan dijalankan 24 jam.

"Serpihan pesawat terhempas akan dikumpulkan di kawasan yang dikhususkan berhampiran lokasi nahas ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, susulan laluan mula dibuka, orang ramai khususnya pengguna jalan raya dilarang memberhentikan kenderaan sewenangnya untuk mengambil gambar lokasi kejadian.

"Laluan telah dibuka, pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak memberhentikan kenderaan sehingga mengganggu lalu lintas.

"Pemantauan akan dijalankan pihak polis, sekiranya dikesan maka tindakan saman akan diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.