Pesawat Beechcraft boleh cecah kelajuan maksimum hingga 840km/j

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) - Gambar hiasan
Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis mempunyai kelajuan maksimum hingga 840 kilometer sejam (km/j).

Menurut maklumat di laman sesawang Jet Valet Sdn Bhd, pesawat itu direka untuk membawa enam penumpang dan satu krew penerbangan pada satu-satu masa dengan jarak penerbangan maksimum sekitar 2,500km.

"Kabin berukuran 4.11 meter panjang dan lebar 1.69 meter serta tinggi 1.68 meter, menjadikan keluasan keseluruhan kabin ialah 8.9 meter padu. Saiz ruang kabin pesawat itu selesa untuk enam penumpang,” menurut laman sesawang itu.

Selain itu, laman sesawang Global Air turut memaparkan pesawat ringan enjin berkembar yang dibuat oleh pengeluar Amerika Syarikat, Hawker Beechcraft Corporation itu boleh mencapai altitud maksimum sehingga 41,000 kaki dengan berat pendaratan maksimum 11,600 pound atau 5,262 kilogram.

Petang tadi, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV telah terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.

Menurut CAAM, pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd membawa enam penumpang serta dua kru penerbangan, dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pada masa sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media mengesahkan, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, berada dalam senarai penumpang (flight manifest) pesawat itu.

Turut tersenarai ialah dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Artikel Berkaitan:

Nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlaku pada Khamis adalah kelima membabitkan pesawat jenis itu dalam tempoh 46 tahun.

Kali terakhir ia direkodkan terjadi di KM47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, Johor, melibatkan pesawat Beechcraft Bonanza F35 apabila ia mendarat cemas di laluan kecemasan selepas mengalami kerosakan enjin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas