Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Hebahan rasmi pengebumian dikongsikan menerusi halaman Facebook rasmi Allahyarham Johari pada Ahad.
Hebahan rasmi pengebumian dikongsikan menerusi halaman Facebook rasmi Allahyarham Johari pada Ahad.
A
A
A
KLANG - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di dekat Elmina, Seksyen U16 Shah Alam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves pada Ahad.

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Allahyarham, jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR), Klang kira-kira jam 9 pagi.

"Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang bagi urusan solat kali pertama.

"Jenazah kemudiannya dijangka tiba di Masjid Saidina Hamzah, Jalan Batu Muda, Kuala Lumpur untuk solat jenazah kali kedua kira-kira jam 11 pagi sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih Batu Caves kira-kira jam 12 tengah hari," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.



Sebelum itu balu Allahyarham, Datin Seri Maziah Samsudin hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik di sini pada Sabtu.

Difahamkan kehadiran beliau berkaitan urusan pengecaman jenazah Allahyarham.

Pada Sabtu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kesemua sembilan jenazah mangsa terlibat nahas ini boleh dituntut kira-kira jam 9 pagi di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Semua urusan melibatkan proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan sebelum ini telah diselesaikan.

"Kesemua identiti mayat telah dikenal pasti menerusi usaha yang dijalankan sebelum ini," katanya dalam sidang media di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

ARTIKEL BERKAITAN:

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

Artikel Berkaitan:

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'