'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Syed Ibrahim
Syed Ibrahim
A
A
A

KUANTAN - Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri di Pekan Kuah, Langkawi anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Pahang sebelum beliau dilaporkan maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pada mesyuarat itu Allahyarham membangkitkan isu pembinaan rumah bagi golongan memerlukan sebelum beliau dikatakan keluar secara tiba-tiba daripada mesyuarat tanpa sebarangan makluman terlebih dahulu.

Menurut Syed Ibrahim, kebiasaannya Allahyarham akan memaklumkan terlebih dahulu sebelum keluar tetapi kali ini beliau bergegas dengan senyap.

"Mesyuarat itu selesai jam 2 petang dan kami pergi ke warung makan tengah hari dan solat pada jam 2.30 petang.

"Kami (kemudian) hendak meninggalkan lokasi kira-kira jam 3 petang dan mendapat berita bahawa Allahyarham terlibat dalam kemalangan pesawat terhempas yang membawanya di Subang.

"Maka Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) dan saya serta rakan-rakan bergegas balik dan tiba pada jam 10.30 malam tiba di Hospital Klang. Ternyata jenazah belum sampai, masih dalam siasatan dan di bawah urusan pihak berkuasa," katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook miliknya pada malam Khamis.

Difahamkan, mesyuarat pada Khamis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Yaacob, tiga Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Syed Ibrahim memberitahu kesemua pemimpin negeri Pahang bersama keluarga, rakan-rakan dan pengurusan hospital menunggu jenazah Allahyarham sambil membaca Yasin dan doa.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah selesai berdoa beramai-ramai, jenazah tiba dibawa pihak berkuasa tepat jam 1.15 pagi.

"Semoga arwah Datuk Seri Johari Harun dan rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan ini dicucuri rahmat, magfirah dan ditempatkan di lliyin, amin," katanya.

Pada Khamis, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam kejadian itu dan Johari, 53, antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang.

Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan terbabit manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati ia sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini