'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Khairil Azwan (bertopi) antara yang berada dalam pesawat tersebut.
Khairil Azwan (bertopi) antara yang berada dalam pesawat tersebut.
A
A
A

BENTONG - "Angah adalah anak peneroka Felda Mempaga 1 bukan anak Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis," kata Khairul Azman, 40, adik kepada Khairil Azwan Jamaludin, 43, selepas digembar gembur di laman media sosial anak bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat antara 10 mangsa yang yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuh Raya Guthrie dekat perumahan Elmina, Shah Alam, Selangor, petang Khamis.

Ujar Khairul, abangnya adalah anak kedua daripada lapan beradik dan menetap di Seremban serta berkhidmat sebagai juruterbang bagi Exco Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sejak beberapa tahun lalu.

"Arwah lebih dikenali dengan Angah Heli kerana dia sendiri seorang juruterbang helikopter.

"Selama ini, arwah abang membawa sendiri helikopter dan memang terkejut apabila dimaklumkan isterinya, dia pergi ke Langkawi menaiki pesawat pada hari ini," kata Khairul kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ujar Khairul yang juga seorang pemandu bas memberitahu, kali terakhir abangnya pulang ke rumah di sini pada minggu lepas dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

"Angah seorang peramah, mesra serta aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan politik serta sempat berbual ketika kali terakhir jumpa baru-baru ini," ujar Khairil.

Tambah dia, mereka sekeluarga hanya mengetahui tragedi itu kira-kira jam 4.30 petang selepas ditanya rakan-rakan dan hanya disahkan selepas melihat siaran televisyen mengesahkan nama abangnya dalam pesawat tersebut.

"Abang dan adik-adik sedang dalam perjalanan pergi ke hospital cuma kedua ibu bapa tidak dapat ke sana kerana kurang sihat.

Artikel Berkaitan:

"Kami reda dengan kehilangan ini walaupun sedih dan anggap ini satu ujian buat keluarga," tambah anak ketiga itu lagi.

Rakan sifatkan Khairil Azwan sangat baik

Sementara itu, seorang rakan Khairil Azwan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang tidak sombong dan banyak membantu.

Khairool Musaiyar berkata, walaupun tidak pernah bertugas sama, Khairil Azwan amat baik dan tidak sombong dengan semua orang.

Tangkap layar Khairool Musaiyar di Facebooknya menganggap Allahyarham Khairil Azwan sebagai seorang yang baik dan tidak sombong.
Tangkap layar Khairool Musaiyar di Facebooknya menganggap Allahyarham Khairil Azwan sebagai seorang yang baik dan tidak sombong.

"Mengenali mu (arwah) ketika rekrut amat baik dan tidak sombong pada semua orang.

"Semoga Allahyarham Khairil Azwan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Al Fatihah," ciapnya di Facebook peribadinya pada Khamis.

Sementara itu, seorang lagi rakannya yang berkawan sejak kecil turut berkongsi keperibadian arwah yang sanggup membantunya dalam kesusahan.

Hanya dikenali sebagai Mohd Huzairie Ahmad, dia berkata, bermacam sejarah dan peristiwa dirasainya ketika bersama arwah.

Mohd Huzairie (baju hijau) dalam ciapan di Facebooknya menganggap Allahyarham Khairil Azwan sebagai sahabat yang banyak membantunya dan berpendirian. - Foto Facebook Mohd Huzairie Haji Ahmad
Mohd Huzairie (baju hijau) dalam ciapan di Facebooknya menganggap Allahyarham Khairil Azwan sebagai sahabat yang banyak membantunya dan berpendirian. - Foto Facebook Mohd Huzairie Haji Ahmad

"Paling best (seronok) masa kecil pergi 'funfair' naik van, lepak belakang van sambil tidur dan bercerita seram. Paling best lepak kedai mak abah dia (arwah) minum air soda.

"Bila aku jatuh dan lumpuh, dia insan yang sentiasa bagi semangat...paling awal jenguk aku. Pernah dukung aku semasa pergi berubat untuk suruh ak boleh berjalan," ciapnya di laman Facebooknya.

Ceritanya lagi, Khairil Azwan juga pernah mendukungnya untuk segera mendapat rawatan di wad kecemasan hospital.

"Bila aku dapat mengajar anak dia, aku mahu anak dia berjaya juga macamnya.

"Ibu bapa aku sangat rapat, tapi kini arwah sudah tiada, dia pergi dulu sebelum aku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas