'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Gambar kenangan bersama arwah Muhamad Hafiz (duduk, kanan) ketika majlis perkahwinan Norhikmah, hujung tahun lalu.
Gambar kenangan bersama arwah Muhamad Hafiz (duduk, kanan) ketika majlis perkahwinan Norhikmah, hujung tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Suasana kenduri doa selamat persediaan majlis perkahwinan di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani di Kedah pada Khamis, bertukar hiba selepas mengetahui seorang ahli keluarga terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16 di sini.

Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian antara 10 mangsa yang maut dalam insiden berkenaan.

Adik kepada Muhamad Hafiz, Norhikmah, 26, berkata, mereka sekeluarga hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam, hari kejadian.

"Pada hari (Khamis) itu, kami sekeluarga telah mengadakan majlis kenduri doa selamat untuk perkahwinan kakak saya yang juga anak kedua.

"Malam itu kami adik-beradik lain juga sedang bermesyuarat untuk persediaan majlis kakak yang akan berlangsung pada 26 Ogos depan.

"Kira-kira jam 8 malam, ayah terima panggilan sebelum ada anggota polis datang ke rumah. Ayah pergi ke arah mak untuk menenangkannya untuk tidak fikir bukan-bukan," katanya dalam nada sebak ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Arwah Muhammad Hafiz (duduk, kanan) bergambar sekeluarga ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu.
Arwah Muhammad Hafiz (duduk, kanan) bergambar sekeluarga ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu.

Kata Norhikmah, waktu itu anggota polis terbabit memberitahu kejadian yang menimpa arwah.

Artikel Berkaitan:

"Ayah dan mak terduduk. Kami terkedu tak tahu nak kata apa. Kami memang tahu kejadian nahas itu, tapi tak sangka itu abang saya.

"Kemudian, kira-kira jam 10 malam kami sekeluarga terus bertolak dari sini (Sungai Petani) untuk ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Klang Selatan untuk pengesahan DNA arwah abang," ujarnya.

Muhamad Hafiz yang masih bujang merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Difahamkan, jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke Taman Sidam Kiri, Sungai Petani pada Sabtu selepas selesai dimandi dan dikafan oleh pihak hospital.

Dalam pada itu, Norhikmah turut berharap masyarakat tidak menyebarkan gambar arwah bagi menjaga sensitiviti keluarga.

"Kami minta semua doakan dipermudahkan segala urusan arwah di dunia dan akhirat," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna