Emosi anak stabil, belajar terima hakikat kehilangan ayah

Roslan (kiri) menyempurnakan penyerahan bantuan faedah Perkeso kepada Suhaila ketika kunjungan ke kediaman waris di Desa Manjung Raya pada Isnin.
Roslan (kiri) menyempurnakan penyerahan bantuan faedah Perkeso kepada Suhaila ketika kunjungan ke kediaman waris di Desa Manjung Raya pada Isnin.
A
A
A

MANJUNG - "Alhamdulillah, emosi anak-anak stabil, perlahan-lahan mereka terima hakikat kehilangan ayah mereka," luah balu Allahyarham Shaharul Amir Omar, 49, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

Suhaila Akasah, 47, berkata, empat anaknya termasuk sulung yang menghidap autisme berada dalam keadaan baik dan dilihat dapat menerima pemergian insan tersayang dalam suasana tenang.

"Anak sulung saya bila bawa ke liang lahad ketika kebumi arwah dulu, dia juga mengalirkan air mata tanda faham ayahnya sudah pergi.

"Kehilangan ini mula-mula mungkin sukar, tetapi lama-kelamaan mereka boleh kawal emosi sendiri kerana masing-masing sudah besar dan matang," katanya ketika ditemui sempena penyerahan bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Desa Manjung Raya dekat sini pada Isnin.

Suhaila bersama empat anaknya, Izzat Danish, 19, Imanina Zulaikha, 17, Ismahani Dhaniyah, 15, dan Iyliaa Najwa, 12, selaku waris layak menerima bantuan faedah PERKESO menerusi Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Waris menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2,000 untuk sekali bayar manakala bayaran Faedah Orang Tanggungan (FOT) kepada balu setiap bulan untuk seumur hidup dan anak-anak sehingga usia 21 tahun.

Penyampaian bantuan tersebut diserahkan Timbalan Pengarah PERKESO Perak, Roslan Pilus dan turut dihadiri Pengurus PERKESO Daerah Manjung, Mohd Shaperi Md Salleh.

Suhaila berkata, bantuan kerajaan menerusi PERKESO itu membuka harapan baharu kepada mereka sekeluarga untuk terus kuat menjalani kehidupan tanpa ketua keluarga.

Artikel Berkaitan:

Dia akui, pernah timbul perasaan sayu dan buntu memikirkan perjalanan masa depan kerana kehilangan sumber pendapatan menanggung keluarga.

"Sejak melahirkan anak pertama, saya sudah tidak bekerja dan menjadi suri rumah uruskan anak-anak. Jadi apabila berada dalam situasi sedih begini, kehilangan orang tersayang dan tiada punca pendapatan, ada ketikanya beri tekanan kepada saya.

"Alhamdulillah, ALLAH hadirkan bantuan dalam waktu cepat yang tidak dijangka. Bantuan PERKESO ini betul-betul meringankan beban saya dalam keadaan anak-anak yang mungkin mahu sambung belajar," katanya

Dalam pada itu, Roslan berkata, pemprosesan faedah berkenaan dilakukan dengan kadar segera sejurus Skuad PERKESO Prihatin mendapat maklumat mangsa yang terlibat dalam kemalangan pesawat berkenaan.

Katanya, oleh kerana tragedi berkenaan berlaku dalam waktu kerja, maka amaun dibayar adalah 90 peratus daripada gaji Allahyarham.

"Pencen mula dibayar pada 1 September depan dan sekiranya ada kalangan anak arwah disahkan kurang upaya (OKU) dengan bukti perubatan, maka PERKESO akan tanggung sepanjang hayat anak tersebut.

"Anak yang lain, walaupun sudah mencapai usia 21 tahun dan berhasrat untuk menyambung pengajian ijazah pertama, maka pencen akan disambung sehingga habis tempoh pengajian," katanya.

Jenazah Shaharul Amir yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selamat dikebumikan mengikut istiadat

pengebumian TLDM di Tanah Persemadian Islam Fasa 3C Seri Manjung pada Ahad.

Nahas pesawat persendirian jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang berlaku pada Khamis lalu telah mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Kementerian Sumber Manusia sebelum ini memaklumkan, tujuh daripada 10 keluarga mangsa nahas pesawat terhempas layak menerima pampasan PERKESO iaitu bayaran FPM sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala.

Menterinya, V Sivakumar, berkata, hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'

Nahas Elmina: Juruterbang Shahrul Kamal anak yang baik - Ibu

Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga

Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan

Nahas Elmina: Adik nekad teruskan legasi kebaikan Ustaz Deris

Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan

Juruterbang Heikal Aras taat ibu bapa, tak pernah tinggi suara - Abang

Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu

Jenazah Shaharul Amir dikebumikan mengikut istiadat TLDM