Lelaki disyaki bawah pengaruh dadah rempuh enam kenderaan

Mitsubishi Triton yang dipercayai merempuh enam kenderaan di Persiaran Puncak Jalil 3, Seri Kembangan pada Isnin.
Mitsubishi Triton yang dipercayai merempuh enam kenderaan di Persiaran Puncak Jalil 3, Seri Kembangan pada Isnin.
A
A
A

SERDANG - Seorang lelaki disyaki memandu di bawah pengaruh dadah selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh enam kenderaan lain di lampu isyarat Persiaran Puncak Jalil 3, Seri Kembangan di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Ahmad Firdaus Md Nazir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi .

"Siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dipercayai melanggar enam kenderaan lain.

"Kejadian turut menyebabkan seorang pemandu mengalami kecederaan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tangkap layar video tular memaparkan keadaan di lokasi kemalangan pada Isnin.
Tangkap layar video tular memaparkan keadaan di lokasi kemalangan pada Isnin.

Terdahulu, tular di aplikasi media sosial rakaman video kenderaan pacuan empat roda merempuh beberapa kenderaan lain sehingga mengalami kerosakan.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi berkenaan.

Ahmad Firdaus berkata, pemandu Mitsubishi Triton berkenaan ditahan dan disyaki berada di bawah pengaruh dadah, namun beliau tidak memperincikan jenis dadah terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!