[VIDEO] Nahas Elmina: Kotak perakam suara kokpit hangus

A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park Seksyen U16 Khamis lalu, hangus terbakar.



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, komponen tersebut telah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura pada Ahad untuk dianalisis bagi mendapatkan rakaman 30 minit terakhir sebelum terhempas.

"Pakar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat lalu untuk menawarkan bantuan dan keesokannya CRV telah berjaya dibuka serta mengeluarkan komponen ‘memory puck’," katanya kepada pemberita Majlis Semarak Merdeka di kementerian itu pada Isnin.

Anthony menunjukkan keadaan CVR yang hangus terbakar.
Anthony menunjukkan keadaan CVR yang hangus terbakar.



Menurutnya, Ketua Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Brigedier Jeneral Tan Chee Kee turut berada di sana bagi tujuan tersebut.

"BSKU menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rakaman tersebut kerana CVR yang mengandungi "memory puck" berada dalam keadaan tidak sempurna," ujar beliau.



Anthony berkata, pihaknya tidak dapat memastikan tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan data tersebut.

Ia berikutan beberapa masalah teknikal yang sedang diatasi oleh pakar.

Anthony berkata, satu laporan awal siasatan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi sebulan.

"Ia akan dibantu oleh beberapa pihak termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat (NTSB) kerana pendaftaran pesawat berkenaan dilakukan di AS.

"Jadi mengikut Annex 13 - Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), pengeluar pesawat itu perlu terbabit dalam membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar semua pihak memberi sedikit masa kepada pakar-pakar berkenaan untuk mendapatkan data tersebut.

"Pakar-pakar kita juga sedang melihat beberapa pilihan lain untuk mendapatkannya," tambah Anthony.

maka Pada Khamis, pesawat persendirian yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terhempas selepas mendapat kebenaran untuk mendarat jam 2.48 petang.

Nahas pesawat malang itu telah mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Artikel Berkaitan:

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'

Nahas Elmina: Juruterbang Shahrul Kamal anak yang baik - Ibu

Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga

Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan

Nahas Elmina: Adik nekad teruskan legasi kebaikan Ustaz Deris

Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan

Juruterbang Heikal Aras taat ibu bapa, tak pernah tinggi suara - Abang

Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu

Jenazah Shaharul Amir dikebumikan mengikut istiadat TLDM