[VIDEO] Nahas pesawat terhempas timbul tanda tanya

A
A
A

[DIKEMAS KINI] NAHAS pesawat yang terhempas di Bandar Elmina pada Khamis menimbulkan tanda tanya tentang kejadian sebenar yang berlaku pada ketinggian 3,000 kaki sehingga 10 nyawa terkorban dalam insiden berkenaan.

Kejadian menyayat hati itu telah membawa kepada penerbitan muka hadapan akhbar Sinar Harian sekali lagi dan rata-rata penceritaan yang dibawa adalah berkenaan kenangan terakhir keluarga dan laporan terkini berikutan nahas.

Rentetan daripada insiden berkenaan, bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain turut memberi komentar.

Menurut beliau, pesawat berkenaan berkemungkinan hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500 kaki hingga 3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.

Hal ini kerana, beliau memaklumkan bahawa sukar untuk juruterbang melakukan tindakan drastik apabila berada pada altitud tersebut ekoran pesawat yang terbang turun dari aras tinggi mencecah kelajuan 3,000 kaki seminit dan 700 kaki seminit semasa mendarat.

Katanya, jika pesawat hilang kawalan pada pada ketinggian 20,000, juruterbang masih ada masa untuk bertindak, namun tidak sekiranya berada berhampiran dengan permukaan bumi.

Anggota pasukan keselamatan mengangkat serpihan pesawat di kawasan nahas pesawat terhempas pada Jumaat. - Foto Bernama
Anggota pasukan keselamatan mengangkat serpihan pesawat di kawasan nahas pesawat terhempas pada Jumaat. - Foto Bernama

Dalam pada itu, terdapat beberapa teori yang berkaitan punca nahas antaranya faktor cuaca, masalah teknikal pesawat, juruterbang pengsan atau tertidur, infrastruktur lapangan terbang mengelirukan dan pesawat dipandu terlalu perlahan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, bekas Ketua Seksyen Latihan (Jurutera Pesawat) MAS, Mohd Affnan Shariffudin Ramli memberitahu, kegagalan sistem tidak semestinya menjadi faktor utama pesawat terhempas akibat hilang kawalan.

Jelas beliau, kapal terbang memiliki kebarangkalian untuk selamat mendarat walaupun salah satu enjin rosak.

Begitupun, segala teori yang dikeluarkan itu hanyalah sekadar andaian semata-mata kerana segala kebenar disebalik nahas berkenaan tidak akan dapat dirungkai sehingga hasil pemeriksaan dan siasatan tamat dilakukan.