Kegagalan sistem tidak semestinya jadi penyebab

Serpihan pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis. - Foto: Sinar Harian/ROSLI TALIB, gambar kecil: Mohd Affnan
Serpihan pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis. - Foto: Sinar Harian/ROSLI TALIB, gambar kecil: Mohd Affnan
A
A
A

SHAH ALAM - Kegagalan fungsi sistem pesawat, faktor cuaca, kerosakan yang berlaku secara tiba-tiba dan keadaan pembinaan infrastruktur di sekeliling lapangan terbang boleh menjadi sebab sesebuah pesawat hilang kawalan.

Bagaimanapun, bekas Ketua Seksyen Latihan (Jurutera Pesawat) Malaysia Airlines, Mohd Affnan Shariffudin Ramli menjelaskan, kegagalan sistem teknikal tidak semestinya menjadi faktor utama sesebuah pesawat terhempas akibat hilang kawalan.

“Kapal terbang selalunya selamat walaupun salah satu enjin rosak. Ia masih boleh mendarat dengan selamat. (Syarat) ini memang ada pensijilan kapal terbang. Kalau tak, pesawat itu tidak dilulus untuk terbang.

“Kegagalan fungsi boleh berlaku tetapi peluangnya (berlaku kemalangan) sangat kecil sebab teknologi pesawat kini semakin canggih, terutama dari segi ciri-ciri keselamatan.

“Kalau meletup di udara lain cerita. Sama ada berlaku kerosakan lain, kena tengok pada rakaman yang diperoleh daripada kotak hitam,” katanya.

Beliau berkata, faktor pembinaan infrastruktur berhampiran lapangan terbang juga mungkin menyebabkan juruterbang terkeliru dengan landasan pendaratan.

Mengambil contoh persekitaran di kawasan nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina pada Khamis, Mohd Affnan Shariffudin berkata, keadaan lapang dan kedudukan Lebuhraya Guthrie di kawasan berkenaan memungkinkan penilaian juruterbang tersasar.

“Selalunya kapal terbang yang mahu mendarat di Laluan 15 Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan datang dari arah utara, tetapi pesawat berkenaan datang dari arah barat, selari dengan Persiaran Elmina.

Artikel Berkaitan:

“Pernah berlaku pesawat mendarat di jalan raya berhampiran lapangan terbang Subang pada tahun 1960-an.

“Dalam insiden terbaharu ini, kemungkinan lebuh raya di situ kelihatan seperti landasan, sebab itu pesawat itu datang selari dengan Persiaran Elmina,” jelasnya.Beliau juga tidak menolak kemungkinan faktor pesawat dibawa terlalu perlahan ketika hendak mendarat menyebabkannya hilang imbangan.

“Kalau kapal terbang (dipandu) terlalu perlahan ketika nak mendarat, apabila membelok badan pesawat akan jadi terlampau mengiring sehingga hilang imbangan. Pesawat ada coordinated turn, kena ada imbangan antara kelajuan dengan cara membelok pesawat.

“Kalau salah satu tidak cukup, pesawat boleh hilang ketinggian, mengiring ke dalam dan jatuh menjunam. Itu kemungkinannya berdasarkan video yang tersebar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai