Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah Yeoh

Hannah (empat dari kiri) menerima kunjungan hormat Mohamed Salim (tengah) ke pejabatnya pada Isnin. Foto: FB Hannah Yeoh
Hannah (empat dari kiri) menerima kunjungan hormat Mohamed Salim (tengah) ke pejabatnya pada Isnin. Foto: FB Hannah Yeoh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan bagi memperkukuh hala tuju Kuala Lumpur sebagai bandar pintar, selamat, tahan tekanan krisis dan berpaksikan rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata, perbincangan yang diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din ke pejabatnya itu hari ini, antara lain menyentuh tentang peranan teknologi 5G.

Hannah berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau menegaskan kepentingan teknologi digital, khususnya rangkaian 5G sebagai tulang belakang kepada dasar awam meliputi aspek keselamatan, kesiapsiagaan bencana dan kesejahteraan rakyat.

Perbincangan katanya, turut menyentuh keperluan integrasi teknologi pintar bagi mempercepat tindak balas kecemasan, meningkatkan keselamatan jalan raya melalui kerjasama strategik bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), perlindungan golongan warga emas serta memastikan kesinambungan komunikasi di terowong Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan lebuh raya.

"Bandar pintar bukan tentang siapa paling canggih. Bandar pintar ialah siapa paling bersedia melindungi rakyat ketika detik paling genting.

"Inilah komitmen Kuala Lumpur, iaitu memastikan teknologi bukan sekadar memudahkan kehidupan harian, tetapi menjadi perisai keselamatan warga pada saat paling kritikal,” katanya. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan MCMC berdiskusi tentang memperkuat Kuala Lumpur sebagai bandar pintar
  • Perbincangan mencakup peranan teknologi 5G
  • Teknologi digital dan 5G dianggap tulang belakang untuk keselamatan, kesiapsiagaan bencana, dan kesejahteraan rakyat
  • Diskusi juga meliputi integrasi teknologi pintar untuk kecemasan, keselamatan jalan raya, perlindungan warga emas, dan komunikasi di MRT, LRT, dan lebuh raya
  • Komimen KL ialah menjadikan teknologi sebagai perisai keselamatan rakyat pada saat genting

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!