Ketua warden mengaku arah pelajar alih Zara Qairina dari lokasi ditemui

Saksi dari Jabatan Kimia Malaysia sahkan sebahagian tulisan tangan dalam buku kes Zara Qairina bukan milik arwah, hasil analisis forensik di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. - Gambar hiasan
Saksi dari Jabatan Kimia Malaysia sahkan sebahagian tulisan tangan dalam buku kes Zara Qairina bukan milik arwah, hasil analisis forensik di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak pernah menerima aduan daripada Zara Qairina Mahathir mengenai sebarang masalah yang dihadapinya di asrama tersebut.

Azhari Abd Sagap, 31, yang turut mengajar subjek Bahasa Arab kepada Zara Qairina, berkata demikian di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada hari kelapan prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Saksi kelapan itu berkata, Zara Qairina, yang belajar di kelas Tingkatan 1 Fatimah, tinggal di Asrama Qurratu Ayun di tingkat 3 Blok Rabiatul Adawiyah bersama 11 pelajar lain dan bangunan tersebut berada di bawah seliaannya.

"Sepanjang menjadi guru Bahasa Arab dan sebagai Ketua Warden Asrama, saya tidak pernah menerima apa-apa aduan daripada pelajar berkenaan berhubung apa-apa masalah yang dihadapinya di asrama tersebut,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi.

Menceritakan insiden pada 16 Julai, Azhari berkata, beliau mendapat panggilan daripada pengawal keselamatan iaitu Linah Mansoding @ Jaliha, 65, pada 3.04 pagi mengenai kejadian malang yang menimpa remaja itu.

"Apabila di bangunan asrama tersebut, saya melihat Zara Qairina terbaring di longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri… pada pengamatan saya, Zara Qairina dalam keadaan bernafas seperti tidur berdengkur.

"Ketika itu, lima pelajar dan Linah berada bersama saya… saya meminta mereka mengangkat Zara dari kawasan longkang ke kawasan terlindung yang rata iaitu di atas simen," katanya.

Azhari berkata, semasa mengangkat Zara Qairina, beliau nampak kesan darah di bucu longkang serta kesan kecederaan pada bahagian pergelangan kaki mangsa, dan terus menghubungi talian kecemasan 991 untuk mendapatkan bantuan pada 3.17 pagi.

Artikel Berkaitan:

Saksi itu berkata beliau kemudian menghubungi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebelum ke rumah Pengetua iaitu Ustazah Shaharoom Hashim yang terletak berdekatan asrama untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Azhari berkata, beliau juga cuba menghubungi nombor telefon ibu bapa mangsa untuk memaklumkan insiden itu namun tidak berjaya.

"Saya kemudian menghubungi nombor 991 buat kali kedua pada 3.47 pagi.

"Zara Qairina kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans yang tiba sebelum 4 pagi," katanya sambil menambah susulan kejadian itu, beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Ringkasan AI

  • Ketua Warden Asrama SMK Agama Tun Datu Mustapha di Papar tidak pernah terima aduan dari Zara Qairina
  • Azhari Abd Sagap, selain Ketua Warden, juga mengajar Bahasa Arab kepada Zara Qairina
  • Zara tinggal di Asrama Qurratu Ayun di tingkat 3 bersama 11 pelajar lain
  • Bangunan asrama berada di bawah seliaan Azhari
  • Azhari diberitahu mengenai insiden yang menimpa Zara oleh pengawal keselamatan pada 3.04 pagi, 16 Julai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!