'Alhamdulillah' dilarang guna bagi bukan Islam - Peguam Syarie

Zainul Rijal
Zainul Rijal
A
A
A

SHAH ALAM - Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, larangan itu termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang diguna pakai oleh kebanyakan kerajaan negeri di negara ini.

"Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri walaupun tidak di Wilayah Persekutuan.

"Kalau orang bukan Islam mengucapkannya bagi merujuk agama bukan Islam, ia adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam," katanya dalam hantaran di Thread miliknya pada Khamis.

Menerusi hantaran sama, beliau turut kongsikan tangkap layar mengenai senarai perkataan dan ekspresi yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama bukan Islam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff pada Rabu mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam pada persidangan Dewan Rakyat.

Siti Zailah berkata, perbuatan tersebut seolah-olah mengelirukan masyarakat bukan Islam dan mempermainkan kesucian agama Islam.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perkataan Alhamdulillah dilarang bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri
  • Larangan ini termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
  • Tidak boleh diguna oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama bukan Islam
  • Pelanggaran larangan ini adalah suatu kesalahan
  • Ahli Parlimen Rantau Panjang persoalkan penggunaan kalimah oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!