Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat walaupun sudah dijelaskan kepentingannya - Doktor

Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa Noraidah Lamat tetap enggan membenarkan proses bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya, Zara Qairina Mahathir meskipun kepentingan prosedur itu telah dijelaskan beberapa kali.
Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa Noraidah Lamat tetap enggan membenarkan proses bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya, Zara Qairina Mahathir meskipun kepentingan prosedur itu telah dijelaskan beberapa kali.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa Noraidah Lamat tetap enggan membenarkan proses bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya, Zara Qairina Mahathir meskipun kepentingan prosedur itu telah dijelaskan beberapa kali kepada beliau.

Dr Logaraj Ratha, yang menjalani latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik (Mortuari) Hospital Queen Elizabeth sejak Jun tahun lepas, berkata penerangan telah diberikan kepada wanita itu sebelum, semasa dan selepas beliau menandatangani Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri.

"Segala butiran dalam surat akuan itu diisi oleh ibu mangsa sendiri, dan saya berada bersamanya ketika itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari selaku Pegawai Pengendali inkues berhubung kematian remaja itu.

Mohd Firdaus: Berapa kali kamu memberitahu tentang kepentingan bedah siasat kepada Puan Noraidah Lamat?

Dr Logaraj: Saya menerangkan dua kali sebelum beliau menandatangani surat itu… dan saya juga menerangkan beberapa kali semasa serta selepas beliau menandatangani surat itu… saya masih terus bagi penerangan.

Ketika membacakan pernyataan saksi, Dr Logaraj berkata beliau telah menjelaskan kepada ibu mangsa bahawa walaupun borang POL 61 iaitu permintaan pemeriksaan ke atas jenazah tidak dikeluarkan oleh pihak polis, proses bedah siasat klinikal masih boleh dijalankan tertakluk kepada kebenaran waris terdekat.

"Bagaimanapun, Noraidah membuat keputusan untuk bedah siasat tidak dijalankan ke atas jenazah Zara Qairina walaupun penerangan telah diberikan.

"Ibu mangsa hadir ke hospital bersama kakak iparnya, Nur Shira Abdullah. Penerangan yang saya berikan mengenai keperluan serta kepentingan bedah siasat turut disaksikan oleh Nur Shira.

"Saya turut menerangkan bahawa tanpa bedah siasat, pihak waris tidak akan dapat membuat sebarang tuntutan atau mendapatkan laporan bedah siasat rasmi berhubung punca kematian pada masa hadapan daripada Jabatan Perubatan Forensik hospital," kata saksi itu sambil menambah Noraidah telah mengisi butiran dan menurunkan tandatangan sebagai penuntut mayat di dalam surat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dr Logaraj berkata, Nur Shira juga telah mengisi butiran sendiri di bahagian saksi dan menandatangani surat tersebut sebelum beliau menandatangani surat tersebut sebagai doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Saksi itu berkata, Noraidah juga mengesahkan bahawa beliau memahami penjelasan dan kandungan surat yang telah diisi serta ditandatangani.

Beliau berkata, selepas mendapat keputusan enggan melakukan bedah siasat daripada Noraidah, dan memandangkan tiada perkara yang dibangkitkan, pihak hospital telah menyerahkan jenazah Zara Qairina kepada ibunya mengikut dasar hospital serta jabatan.

Terdahulu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa pegawai penyiasat kes Inspektor Wong Yew Zhung tidak mengeluarkan borang POL 61 dan jenazah remaja itu diminta diserahkan kepada ibunya.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan turut mendengar keterangan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha iaitu Azhari Abd Sagap, 31.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama.

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

 

Ringkasan AI

  • Noraidah Lamat enggan membenarkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya
  • Penerangan tentang kepentingan bedah siasat telah disampaikan kepada Noraidah sebelum, semasa, dan selepas penandatanganan surat akuan
  • Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat disi oleh Noraidah Lamat sendiri
  • Dr Logaraj Ratha memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir
  • Dr Logaraj menjelaskan kepentingan bedah siasat kepada Noraidah Lamat beberapa kali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!