Kanak-kanak lelaki ditemui rentung, kebakaran tiga rumah

Kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, pada Jumaat.
Kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, pada Jumaat.
A
A
A

BANTING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.44 pagi.

"Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang serta bantuan BBP Banting, BBP KLIA bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pemeriksaan lanjut menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung.
Pemeriksaan lanjut menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi 12 minit kemudian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan tiga unit rumah jenis bangunan Kelas B.

"Setiap rumah terbakar hampir 90 peratus dan maklumat awal memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak terperangkap di dalam salah sebuah rumah yang terbakar," katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman, api berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi.

"Pemeriksaan lanjut menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung pada jam 4.15 pagi," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.44 pagi
  • Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer
  • Kebakaran melibatkan tiga unit rumah jenis bangunan Kelas B dengan setiap rumah terbakar hampir 90 peratus
  • Pasukan bomba berjaya mengawal api pada jam 3.30 pagi dan menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung pada jam 4.15 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!