Tragedi kolam kumbahan: Identiti dikenal pasti, dua beradik antara tiga kanak-kanak lemas

Identiti tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di kolam kumbahan pada Rabu telah dikenal pasti.
Identiti tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di kolam kumbahan pada Rabu telah dikenal pasti.
A
A
A

SIBU - Identiti tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di kolam kumbahan, berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu telah dikenal pasti.

Mangsa terdiri dua beradik iaitu Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, bersama adiknya,  Macx Welwait, 9 dan seorang rakan, Daniella Arissa Tayas Ak Maringgai, 10.

Sebelum itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan ketiga-tiga mangsa berjaya dibawa naik ke kawasan tebing kolam oleh dua orang awam.

JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya di kejar ke lokasi.

Kejadian melibatkan dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Dua kanak-kanak tersebut merupakan adik beradik dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!