Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian

PAPAR - [DIKEMAS KINI] Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di sini.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Koroner dalam prosiding inkues itu tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak terlibat.
Terdahulu, pegawai-pegawai pengendali inkues diketuai Timbalan Pendakwa Raya II, Datuk Badius Zaman Ahmad tiba pada 8.29 pagi.
Pasukan Polis Forensik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut kelihatan memasuki pekarangan kawasan sekolah sebelum menuju ke asrama terbabit.
Lawatan itu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden malang menimpa Allahyarham Zara Qairina.
Sesi itu dijangka mengambil masa masa dua hingga tiga jam, sebelum prosiding inkues diteruskan di Mahkamah Koroner di sini pada 2 petang.
Kira-kira 20 pengamal media turut berada di luar kawasan sekolah seawal 7 pagi, bagaimanapun media tidak dibenarkan memasuki di dalam kawasan sekolah.
Zara Qairina,13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Lebih kurang dua jam, kesemua pihak yang terlibat dilihat meninggalkan kawasan sekolah pada 11.50 pagi.
Pakar Patologi Dr Jessie Hiu yang juga saksi pertama dalam prosiding inkues turut hadir di lokasi kejadian.
Dr Jessie yang berkhidmat sebagai Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak 1998 ialah seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu pada 10 Ogos lepas. - Bernama
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Prosiding inkues kematian Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu, memasuki hari keenam dengan lawatan ke lokasi kejadian di asrama SMK Agama Tun Datu Mustapha
- Hakim Mahkamah Sesyen bertindak sebagai Koroner dalam prosiding inkues ini
- Lawatan ke lokasi insiden untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian
- Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai setelah ditemukan tidak sedarkan diri
- Pakar Patologi Dr Jessie Hiu, saksi pertama, hadir di lokasi kejadian; memiliki pengalaman sebagai Pakar Patologi Forensik sejak 1998
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
