Laungan ‘Justice for Zara Qairina’ bergema di Alor Setar

Orang ramai membuka lampu pada telefon bimbit masing-masing sebagai tanda solidariti ‘Justice for Zara Qairina’ yang diadakan di Medan Bandar.
Orang ramai membuka lampu pada telefon bimbit masing-masing sebagai tanda solidariti ‘Justice for Zara Qairina’ yang diadakan di Medan Bandar.
A
A
A

ALOR SETAR - Gelombang solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih diteruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di setiap negeri bagi menegakkan keadilan terhadap mangsa buli.

Hujan renyai pada awalnya tidak menghalang lebih 6,000 orang berkumpul di Medan Bandar di sini bagi meneruskan solidariti ‘Justice For Zara Qairina’ pada Khamis.

Perhimpunan aman yang bermula sekitar 9 malam itu didahului dengan solat Isyak dan solat hajat di Masjid Negeri, Masjid Zahir, yang terletak berhadapan lokasi penganjuran program anjuran gabungan 10 NGO Kedah.

Pentas ceramah bergema dengan laungan ‘Justice For Zara Qairina’, ‘hancur buli’ dan ‘tuntut keadilan’ yang diselang-selikan dengan beberapa penceramah dalam kalangan wakil NGO dan aktivis masyarakat.

Himpunan ‘Justice for Zara Qairina’ disertai pelbagai kaum yang menyatakan solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina.
Himpunan ‘Justice for Zara Qairina’ disertai pelbagai kaum yang menyatakan solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina.

Paling dinantikan ialah sesi perkongsian pengalaman tiga individu yang terlibat dalam kerja-kerja menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina awal bulan ini iaitu Nurashid Samat, Ramlan Mansor dan Mohd Khairi Hadi yang diterbangkan khas dari Sipitang, Sabah.

Turut dialunkan deklamasi sajak ‘Suara Zara’ diiringi dengan tiupan seruling menyentuh jiwa peserta yang hadir, diikuti laungan takbir dan selawat.

Orang ramai daripada pelbagai lapisan usia dan kaum dilihat bersemangat membawa poster serta kain rentang ‘Justice For Zara Qairina’ sebagai tanda sokongan.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia keesokannya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Dakwah Ummah, Mohd Haziq Syafiq Mohd Joned berkata, seramai 10 NGO termasuk individu tampil bergabung dalam satu himpunan solidariti bagi menuntut keadilan untuk Allahyarham Zara Qairina.

“Perhimpunan bertujuan menyatukan anak-anak Kedah dalam isu tersebut. Antara NGO terlibat ialah Ikrar Bantu, Pertubuhan Aman Kebajikan Ummah (PAKU), Sahabat Uwais dan Geraham,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, Gelanggang Teluk Chengai, Muhammad Khairul Aswar Abdul Rahman menegaskan, himpunan itu diadakan bagi memberi isyarat jelas bahawa isu buli perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Kita tidak mahu kes seperti ini berulang. Selepas kes Zara didedahkan, ramai mangsa lain mula berani tampil dan kes-kes lama dibangkitkan semula. Saya percaya solidariti seperti ini akan turut diteruskan oleh NGO di negeri masing-masing,” katanya.

Sebahagian komuniti yang hadir menyatakan sokongan solidariti ‘Justice for Zara Qairina’.
Sebahagian komuniti yang hadir menyatakan sokongan solidariti ‘Justice for Zara Qairina’.

Menurutnya, suara masyarakat amat penting bagi membendung gejala buli sekali gus memastikan pihak berwajib mengambil tindakan tegas agar insiden seumpama itu tidak terus berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, perhimpunan itu berlangsung secara aman, tanpa sebarang insiden atau provokasi.

Menurutnya lagi, sepanjang pemantauan tiada sebarang isu sensitif termasuk sentimen 3R dibangkitkan oleh penceramah atau peserta, dan hanya menyentuh mengenai ‘Justice For Zara’.

“Syabas kepada penganjur kerana berjaya mengawal keadaan dengan baik. Ia satu perhimpunan yang patut dicontohi,” katanya.

Bagaimanapun, Siti Nor Salawati memaklumkan polis mengesan terdapat individu menerbangkan dron, yang mana ia merupakan antara syarat yang dilarang.

Pelbagai poster dan kain rentang dibawa orang ramai yang menyertai himpunan di Medan Bandar pada Khamis.
Pelbagai poster dan kain rentang dibawa orang ramai yang menyertai himpunan di Medan Bandar pada Khamis.

“Penganjur bertindak segera meminta individu terbabit menurunkan dron berkenaan dan berjaya mengawal keadaan. Polis sendiri turut menggunakan dron untuk tujuan pemantauan dari udara,” jelasnya.

Menurut beliau, langkah itu membantu pihak berkuasa mendapatkan gambaran jelas jumlah kehadiran selain memantau sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!