'Mata lebam, lidah cedera' - Pesara dipukul, diugut selepas kemalangan kecil

Tangkap layar video tular memaparkan seorang pesara dipukul seorang lelaki selepas terlibat dalam kelamalngan kecil di Pekan Suntex Batu 9 Cheras pada Ahad.
Tangkap layar video tular memaparkan seorang pesara dipukul seorang lelaki selepas terlibat dalam kelamalngan kecil di Pekan Suntex Batu 9 Cheras pada Ahad.
A
A
A

KAJANG – Seorang pesara berusia 69 tahun cedera selepas dipukul dan diugut oleh seorang lelaki susulan kemalangan berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex Batu 9 Cheras di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang.

"Kejadian berpunca dari kemalangan kecil melibatkan kenderaan pengadu dan juga suspek.

"Mangsa mengalami cedera, lebam di mata, dan lidah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Naazron berkata, suspek seorang lelaki warga tempatan yang juga peniaga berusia 52 tahun telah ditahan pada jam 11.30 malam hari sama di kawasan Kajang.

"Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Ganesan Ramachandran di talian 0126089180 bagi membantu siasatan.

"Masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang serta mengamalkan sikap bertanggungjawab bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam terus terpelihara," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pesara berusia 69 tahun cedera selepas dipukul dan diugut berikutan kemalangan di Pekan Suntex Batu 9 Cheras
  • Polis menerima laporan kejadian pada jam 4.49 petang
  • Kejadian bermula dari kemalangan kecil antara kenderaan mangsa dan suspek
  • Suspek, peniaga warga tempatan berusia 52 tahun, ditahan untuk siasatan
  • Orang ramai diminta membantu siasatan dengan menghubungi balai polis atau Sarjan Ganesan Ramachandran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!