Pengerusi kuil didakwa ceroboh tanah persendirian

SEPANG - Seorang pengerusi sebuah kuil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menceroboh tanah persendirian tahun lalu.
M Paramaguru, 49, yang juga pengawal keselamatan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa menceroboh dengan memasuki kawasan tanah milik Datuk Suhaili Ahmad tanpa kebenaran di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil jam 4.45 petang 19 Jun 2025.
Dia yang memakai baju T berwarna putih dan berseluar lokap jingga, didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

